PH SUKAR MENANG DLM PRU15


KAMAL SHAH JUSI

 

Seorang tua Tok Mat Bomoh ada meramalkan UMNOBN masih boleh menubuhkan kerajaan selepas berlangsungnya PRU15. Hingga ke tarikh hari pengundian, kesepakatan dan kesepaduan ramai pendokong2 dlm komponen2 dlm Pakatan Harapan masih bercelaru dan bersimpang siul. Mereka tidak konfiden sesama sendiri.

Tok Mat Bomoh kata terlalu ramai pemimpin2 hardcore dlm Amanah dan juga dlm DAP tidak ada satu matlamat yg fokus dan konkrit dlm menggariskan satu prinsip yg kondusif dlm perjuangan sebuah gagasan yg bernama Pakatan Harapan.

Masing2 terus mempertikaikan pasal isu kepimpinan saban hari dan saban malam. Mereka langsung tidak sepakat dlm usaha membina dan memperkasakan matlamat perjuangan secara solid, fokus dan sehala.

Kata Tok Mat Bomoh itu lagi, ramai pemimpin dlm Amanah dan DAP yg mungkin dipengaruhi faktor peribadi masing2 masih meragui kiblat kepimpinan sebenar yg selalu dipertikaikan.

Kata dia, kpd sesiapa pemimpin yg beria2 sangat utk dapat memegang jawatan level menteri secepat mungkin, seelok2nya cepat masuk UMNO atau berjuang dan mendaftarkan diri sebagai pendokong parti Pejuang. Mengikut ramalan Tok Mat Bomoh ini parti Pejuang akhirnya selepas PRU15 nanti akan menjadi 'seperjuangan' dlm UMNOBN.

Yg demikian, kata dia, sesiapa pemimpin dlm Amanah dan DAP, yg beria2 sangat utk dapat jadi menteri secepat mungkin, elok cepat2 masuk Pejuang atau masuk UMNO terus. Peluang sangat cerah di sana dan bukan di sini, katanya lagi.

Tok Mat Bomoh nama sebenarnya ialah Tok Mat Aris. Dia ialah seorang pesara tentera dan bukannya seorang bomoh. Tapi orang2 selalu panggil dia Tok Mat Bomoh, sebab perwatakan dan gaya hidup dia macam seorang bomoh. Tu je .. ki ki ki ki ..