Negara tanpa pembangkang...
Muhyiddin sebenarnya sudah angkat bendera putih
PERUTUSAN SEOLAH OLAH 'MERASUAH' MP
Oleh Norman Radzuan
Negara mula rosak apabila Muhyiddin bercita cita menjadi PM.
Masih ingat ucapan beliau dlm meeting partinya kpd Tun dlm ramcangan
menjatuhkan kerajaan PH. Katanya kita berikan mereka jawatan2 Menteri, Tim
Menteri dan GLC.
Bila menjadi PM pula pelbagai jawatan diwujudkan dgn menggunakan
ratusan juta wang rakyat utk memastikan dirinya terus menjadi PM. Hari ini dia
sekali lagi muncul dlm perutusannya. Dia ingin mewujudkan negara Malaysia tanpa
pembangkang.
PERUTUSAN MUHYIDDIN 13 OGOS
1. Dia rayu MP pembangkang sokong bi-patrisan dia sbg PM
2. Dia mungkin dah ada sokongan tambahan
3. Ucapan tagih simpati rakyat utk benarkan dia terus PM
4. Bentang perancangan dan dan peruntukan baharu
5. Tawaran baharu untuk rakyat dan MP
6. Undi 18 akan dilaksanakan
7. Ketua Pembangkang dapat habuan setaraf menteri
8. Naikkan peruntukan utk MP pembangkang
9. Skrg baru nak runding dan bincang.
10. Kalau setuju sokongan bi-partisan baru nak panggil sidang
Parlimen.
Kali ini dia cuba 'merasuah' DS Anwar Ibrahim dgn jawataan
bertaraf Menteri. Dia cuba 'rasuah' MP dgn menaikkan peruntukan. Fuh... habis
duit rakyat dia mahu gunakan hanya utk dirinya kekal sebagai PM.
Jahanam negara ini bila kita mempunyai PM yg sentiasa sibuk
memberi sogokan jawatan, ketika Parlimen bersidang dia buat meeting di rumah,
Parlimen ditutup dia sibuk buat meeting di rumah, ketika Parlimen ditutup dia
boleh hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri, ketika Pandemik semakin serius dia
sibuk ke sana sini melobi.
Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah
dan Najib berundur bila melihat tiada sokongan tapi Muhyiddin tiada sokongan
rakyat dan MP masih terus mahu berkuasa. Tawaran kpd pembangkang itu sebenarnya
tanda Muhyiddin sudah hilang sokongan atau sudah mengangkat bendera putih.
Yg lucu tawaran ini dibuat secara terbuka.Kononnya ini bukan
'rasuah politik'. Kononnya demi kepentingan rakyat. Maaf jika anda fikirkan
rakyat sila letak jawatan.
Saya dimaklumkan pembangkang solid menolak Muhyiddin sebagai PM
cuma tidak solid siapakah yg bakal menjadi PM.