
Pemimpin parti pembangkang termasuk
dari Sabah dan Sarawak mengadakan mesyuarat secara maya di ibu pejabat PKR
untuk mencadangkan calon perdana menteri dengan sokongan kuat.
PETALING JAYA: Pemimpin tertinggi parti pembangkang termasuk
dari Sabah dan Sarawak, mengadakan mesyuarat tertutup selepas Muhyiddin Yassin
meletak jawatan hari ini.
Mesyuarat itu diadakan secara maya di ibu pejabat PKR, dikatakan
membabitkan pemimpin tertinggi pelbagai parti, selepas Kabinet Muhyiddin
meletak jawatan.Mereka yang berada di ibu pejabat PKR ialah pemimpin PKR, DAP
dan Amanah.
“Terdapat rundingan dalam kalangan semua parti pembangkang,
termasuk dari Sabah dan Sarawak.
“Semua orang dalam mesyuarat itu berharap semua akan menunjukkan
sokongan sebulat suara kepada perdana menteri baharu supaya kerajaan baharu
mempunyai majoriti kukuh untuk memimpin negara,” kata sumber dalaman parti
kepada FMT.
Beliau berkata, parti pembangkang mahu kerajaan perpaduan
dibentuk memandangkan Perikatan Nasional gagal mentadbir negara.
“Ia perlu diwakili dengan baik supaya semua parti boleh
bekerjasama untuk menguruskan krisis kesihatan, ekonomi dan sosial negara,”
kata sumber itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.