NORMAN RADZUAN
Anak2 kita perlu pekerjaan dari warga asing
SIAPA KATA MAHASISWA/SISWI PILIH KERJA?
Ketika era Pandemik Covid19 ramai warga tempatan diberhentikan
kerja atau tiada peluang pekerjaan.Byk syarikat2 besar dan kecil tutup. Jadi
inilah masanya kerajaan bertindak agresif dgn formula mudah bagi membuka
peluang pekerjaan utk warga tempatan ketika era pandemik ini.
Di KL dan Selangor sektor perhotelan, perkilangan, buruh kasar
malah sehingga kedai serbaneka ( Seven 7/ KK) dan makanan segera seperti Mc
Donald,KFC dan lain2 dikuasai oleh warga asing. Ia satu perkembangan yg tidak
sihat. Ini kerana kita bukan kekurangan warga kerja tetapi kekurangan peluang
pekerjaan.
Jika termasuk sektor pelandangan di luar bandar kesemua sektor
tersebut dipenuhi hampir 2 juta pekerja warga asing. Kecuali pekerja buruh
kasar di sektor pembinaan dan pelandangan masih boleh dikekalkan kerana kedua
bidang ini kurang diminati oleh warga tempatan tetapi sektor lain boleh diisi
warga tempatan.
Siapa kata mahasiswa dan mahasiswi kita memilih kerja? Saya
sendiri sejak 2014 telah memberikan peluang kpd lebih 600 pelajar2 IPT dari
pelbagai IPTA bekerja. Malah jika kita melihat di Mall di seluruh negara di era
80/90an hanya mereka yg lulusan SRP atau SPM yg bekerja di situ kini ia
dipenuhi oleh graduan Univesiti. Malah di restoran biasa juga dipenuhi warga
graduan.
Saya masih ingat di era remaja saya....hotel, Mc Donald, KFC,
A&W dan Seven Eleven adalah tumpuan utk lepasan SPM atau pelajar IPTA
bekerja secara part time di situ. Kini di KL 80% ia dikuasai oleh warga asing.
Ia sgt mendukacitakan.
Selain anak tempatan tiada sumber pendapatan, aliran wang kita
mengalir keluar negara. Masalah sosial juga semakin kritikal. Lihat sahaja
warga asing yg bekerja di Petaling Street, Kota Raya dan Lok Yat mereka ada yg
berlagak samseng kpd warga tempatan.
Pengambilan tenaga buruh asing utk masuk ke dlm negara perlulah
dipelan semula secara sistematik khususnya dlm tiga aspek utama iaitu ekonomi,
politik dan sosial. Apatah lagi era pandemik ini.
Saya akui sebagai org berniaga mengambil pekerja asing kurang
pening kepala. Berbanding warga tempatan yg kurang disiplin dan sering
berpindah kerja. Selain itu upah tenaga kerja yg murah kpd mereka. Tetapi bagi
saya utk tempoh 5 tahun ini sementara ekonomi kembali pulih anak2 tempatan
pasti akn berubah sikap. Fitrah manusia bila terdesak mereka akn berubah.
Penggunaan pekerja warga asing hanya memudahkan dan mengkayakan
tauke2 besar berniaga. Sepatutnya kerajaan dan majikan (tauke besar) mesti ada
tanggungjawab sosial kpd masyarakat tempatan.
Sepatutnya di sektor perkilangan diwajibkan kuota 60% pekerja di
sektor itu adalah warga tempatan. Istilah minah kilang di era 80an dan awal
90an itu sudah tidak popular. Istilah itu cuba menggambarkan wanita yg tidak
berkelulusan tinggi bukan lagi ukuran kerana ramai graduan kita sanggup bekerja
di sektor tersebut.
Isu kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia,
masyarakat tempatan mulai sedar akn tanggungjawab dan hak mereka. Peluang
pekerjaan selama ini yg terbuka di hadapan mereka hanya dipandang remeh akibat
terlalu memilih pekerjaan.
Oleh itu apa yang diperlukan ialah perubahan minda pekerja
tempatan. Dlm menghadapi kos sara hidup yg semakin meningkat dan peluang
pekerjaan yg semakin terbatas. Sayang prasarana seperti LRT, Monorel, bas
percuma di KL digunakan warga asing sdgkan tujuannya utk kemudahan dan keselesaan
org2 kita.
Tidak dinafikan bahawa kebanyakan masyarakat kita agak memilih
pekerjaan terutamanya dari segi kerja2 3-D (Dirty,Dangerous and Demanding).Oleh
kerana itu kerajaan hanya perlu isi pekerjaan tersebut dgn warga asing. Setakat
bekerja di Mall, , kedai minyak, hotel, kilang, Mc D, KFC, Starbuck, Seven E ia
mampu dilakukan diisi oleh anak2 tempatan.
Ia perlu tindakan segera dan tegas kerajaan. Menjelang 2023
pastikan kuota sektor disebutkan tadi dipenuhi 70% warga tempatan. Ini kerana
ekonomi negara akibat pandemik ini memakan masa 6-10 tahun utk pulih
sepenuhnya. Anak2 dan cucu2 kita perlukan pekerjaan tersebut apatah ibu bapa
mereka sendiri sudah hilang sumber pendapatan.
Akhir kata dan sebelum terlupa... dlm perkhidmatan pengawal
keselamatan saya setuju ia dipenuhi oleh warga Nepal dan Bangladesh. Ini kerana
mereka lebih disiplin, kemas dan bertanggunjawab. Berbanding pengawal
keselamatan tempatan kebanyakkan warga pencen, tidur waktu bertugas, pakain
tidak kemas, melepak dgn kawan2 dan sebagainya.