Tidak pelik dia berkata sedemikian kerana hanya orang berfikiran bodoh dan singkat akan meminta pilihanraya disaat kes Covid meningkat. Sebab itu tidak menghairankan Kelantan tidak maju2 kerana ada orang begini di dalam kerajaan negeri.
Kalau dia PM katanya, dia akan bubar parlimen sebab pembangkang desak sangat. Jelas, Nik Amar tidak mengetahui apa isu pokok di sini. Isunya, kita mahu PM buktikan memang dia memiliki majoriti di dalam parlimen. Tidak timbul soal minta parlimen dibubar.
Pembangkang dan pihak yang tidak menyokong kerajaan PN telah membuktikannya melalui pengakuan dan surat akuan yang telah dihantar ke istana. Setakat ini, tidak kurang 118 MP telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka menolak kerajaan PN. Manakala, PM masih gagal menyatakan berapa jumlah sokongan yang beliau ada dan adakah surat akuan atau pengakuan setiap MP itu telah ditunjukkan kepada istana? Apa yang kita tahu, kenyataan PM yang terbaru selepas bertemu Agong, beliau hanya kata masih memiliki majoriti. Siapa boleh percaya cakap PM yang selalu berbohong itu? Adakah yang beliau persembahkan kepada Agong itu adalah akuan bersumpah (SD) lama sewaktu mula2 beliau merampas mandat rakyat dulu?
Jika benar beliau hilang majoriti, memang sewajibnya beliau meletakkan jawatan. Rakyat tidak menuntut bubar parlimen pun kerana rakyat ramai yang cerdik tahu risiko PRU waktu Covid sekarang. Yang bodoh macam Nik Amar tidak ramai.
Peliknya, sewaktu puak2 pengkhianat termasuk parti Nik Amar merampas mandat rakyat dulu, tidak terfikirkah di kepala otak Nik Amar tentang pembubaran parlimen? Bukankah kembalikan semula kepada rakyat untuk nemberikan mandat itu lebih baik dari merampas mandat rakyat? Mengapa sewaktu nyawa di hujung halkum baru terfikir tentang pembubaran parlimen?
WFAUZDIN NS