Najib dan Zahid dimalukan 2 kali..
Kenapa Muhyiddin sukar dijatuhkan? Ia bukan kerana Muhyiddin
mempunyai sokongan majoriti tetapi kerana sikap pemimpin UMNO yg gila kuasa.
Mereka mahu jatuhkan Muhyiddin bukan kerana ingin membela nasib rakyat tetapi
kerana mahu kuasa PM utk kepentingan peribadi.
Dlm tempoh 24 jam Najib dan Zahid dimalukan dua kali oleh MP
UMNO dan Muhyiddin. Pertama apabila Presiden UMNO menarik sokongan kpd
Muhyiddin sebagai PM hanya 10 MP UMNO yg berbuat demikian. Kedua Zahid/Najib
dimalukan oleh Muhyiddin dan MP UMNO sendiri bahawa keputusan Zahid dan Najib
itu kerana kepentingan peribadi utk memaksa Muhyiddin campurtangan keputusan
mahkamah ke atas kes rasuah mereka.
Tak silap sebelum ini sudah 4 kali UMNO mengugut utk menarik
sokongan. Setiap kali ugutan dibuat akn ada pemimpin yg terlepas dari kes
rasuah. Malah ugutan terakhir Ismail Sabri dilantik menjadi TPM. Perancangan
UMNO apabila Ismail Sabri menjadi TPM mereka akn menyerang Muhyiddin utk
melepaskan jawatan PM dan diambil alih UMNO.
Masalah dlm UMNO mereka terpecah kpd 3. Ada mahukan Ismail Sabri
dan ada mahukan Hishamuddin menjadi PM. Ada 3 team pula iaitu team Zahid/Najib,
Hishamuddin dan Tok Mat. Masing2 mahukan kuasa.. Sb apa mahu kuasa... boleh
salah guna kuasa dan boleh dpt peruntukkan berjuta juta ringgit.
Sebab itu Muhyiddin dgn mudah utk terus kekal menjadi PM. Jika
UMNO bersatu dgn PH utk menjatuhkan Muhyiddin dan menyerahkan kpd Agong membuat
keputusan... pasti Muhyiddin akn angkat bendera putih.
Tapi ia tidak berlaku, UMNO hanya mahu Muhyiddin jatuh dan
mereka ambil alih kerajaan. Sepatutnya mereka bersatu dan serahkan kpd Agong
membuat keputusan siapa bakal memimpin negara utk tempoh singkat ini yg fokus
kpd menangani Pandemik ini.
Setelah dimalukan 2 kali khabarnya UMNO akn counter balik
perutusan Muhyiddin 12.30 tgh tadi. Kita lihat aksi org tamak selalu rugi ini.
Rugi kerana mereka tidak bersatu. Jadi ia memudahkan Muhyiddin shopping
habisan2 dlm tempoh sebulan ini.
Langkah terbaik utk Muhyiddin segera membuka Parlimen utk
keabsahan majoriti seperti kata seorang rakan FB... Semua ahli Parlimen
pembangkang dan UMNO berkumpul hadir dlm sidang akhbar dgn jumlah ahli Parlimen
mencukupi utk menolak Muhyiddin sepertimana dilakukan Musa Aman tahun lepas
sehingga terbubar DUN Sabah.