Mesej tular mengenai kerajaan perpaduan adalah palsu

 

Astro Awani
Mesej tular mengenai kerajaan perpaduan adalah palsu
Dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong menggesa supaya kerajaan perpaduan ditubuhkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan tersebut adalah tidak benar. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya kerajaan perpaduan ditubuhkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan tersebut, adalah tidak benar.
Sumber memaklumkan Astro AWANI, dakwaan palsu itu kini sedang tular di media sosial.
Maklumat palsu tular itu turut mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan tersebut, kecuali jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan baharu tersebut.
Malah, kenyataan itu turut menyebut isu pelantikan Perdana Menteri baharu tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang lantaran UMNO mahu jawatan tersebut.