Klip video ini ditujukan kepada DS Anwar dan kepada pejuang-pejuang
keadilan yang mahu melakukan reform negara ini kepada lebih baik. jangan kecewa
kerana DS Anwar tu dari muda lagi telah berjuang. 3 kali dipenjarakan ... dia
keluar dia tetap lawan. Kehidupannya dihabiskan menjadi hamba untuk rakyat.
PRU15 sudah tidak lama. PRU lalu 27% org Melayu menyokong
pejuangan ini. Rata-rata ia mereka yang menyokong pejuangan reform ini
dimonopoli golongan intelektual. Jangan bimbang jika bukan generasi kita yang
berjaya, anak-anak muda akn meneruskan pejuangan ini. Kita hanya perlukan 15%
lagi ( anak-anak muda Melayu ) dari generasi yg lahir dari gedung Universiti
utk menyelematkan negara.
Benar berjuang ertinya menempah susah. Jgn gundah dan
berbanggalah kita sebahagian darinya. Kita bukan mengajak orang ramai merompak
harta rakyat, menindas org susah, salah guna kuasa.... kita mahu negara ini
benar-benar merdeka. Kita mahu rakyat menikmati kekayaan negara ini, bukan
dicuri oleh pemimpin dan krooni-kroni serta keluarga mereka.
Adakah PH gagal? Tidak kita telah menang. Sepatutnya kita kerajaan. Kita telah berjaya menafikan mitos kononnya BN ini tidak holeh ditewaskan... jangan kecewa.