Lima parti pembangkang perlu
dijemput bernaung dibawah ‘khemah besar’. Pakatan Harapan (PH) perlu segera
membuat jemputan rasmi kepada lima parti pembangkang sesuai dengan usaha
menjayakan kerangka ‘Khemah Besar’.
Lima parti terbabit ialah Parti Warisan
(Warisan), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air
(Pejuang), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Sarawak
Bersatu (PSB).
Senator
Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu berkata, PH harus berbuat demikian memandangkan
jumlah 105 sokongan yang dimiliki oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim
masih tidak mencukupi.
Untuk rekod, Warisan diterajui Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal mempunyai lapan kerusi Dewan Rakyat manakala Pejuang diketuai
Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki empat kerusi.
Sementara
itu, PSB mempunyai dua kerusi Parlimen manakala masing-masing satu kerusi milik
Muda dan UPKO.
Dalam
kenyataan bersama Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen
Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah hari ini, mereka berpendapat PH perlu
mengekalkan dan memperkasakan sokongan yang telah diperolehi daripada parti
pembangkang yang lain.

“Jumlah sokongan 105 Ahli-Ahli Parlimen
pembangkang yang dibuktikan pada 18 Ogos tempoh hari perlu dikekalkan dan
diperkemaskan lagi dalam bentuk persefahaman yang lebih formal menuju Pilihan
Raya Umum akan datang.
“Langkah
ini juga amat bertepatan dengan hasrat dan pendirian yang telah dinyatakan oleh
Harapan untuk membina kerjasama dikalangan parti-parti pembangkang mengikut
kerangka ‘Khemah Besar’,” kata ketiga-tiga pemimpin wanita itu.
Mereka juga menyifatkan
kebersamaan blok pembangkang perlu diikat kemas supaya sokongan padu dan
kekuatan angka 105 dapat menyakinkan rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak bahawa Harapan merupakan pilihan paling tepat untuk memimpin Malaysia.