Ketika semua berebut capai kedudukan, Anwar sibuk dengan betik dan cilinya

 

Ketika semua parti berebut-rebut berusaha untuk mempastikan pasukan masing-masing berada di takhta politik Malaysia, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat naik gambar beliau berkebun.


Anwar sibuk menjaga betiknya ketika pemimpin kerajaan PN sibuk bermesyuarat dari rumah PM ke hotel-hotel.


Shukri Rani menulis, “Alhamdulillah, buat walaun… Dsai tak koyak la setakat sindir-sindir tu. Dsai dah terbukti insan yang kuat jiwa dan iman, pelbagai ujian dilalui dalam hidup.. semoga DSAI beroleh redha Allah s.w.t.”

Syed M Alsagoff pula menulis dengan memberikan pesan kepada Anwar agar membersihkan juga saki baki pengkhianat dalam partinya.

“Alhamdulillah, bersihkan sekali saki baki kartel dari dlm parti keramat KEADILAN ini Anwar Ibrahim,” tulis beliau.

Anwar mula diserang oleh mujahid siber dari Bersatu dan Pas ekoran perhimpunan menuntut agar Parlimen bersidang di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Kononnya ahli parlimen pembangkang bakal mencetuskan kluster baharu Covid-19 padahal pada masa yang sama ahli parlimen Bersatu, Pas dan kluster menteri dari Umno sibuk bermesyuarat sehingga lewat malam di rumah Tan Sri Mahiaddin Yassin dan juga di hotel.

Pakar kesihatan berkata, peluang untuk Covid-19 berjangkit 18 kali ganda lebih besar di dalam kawasan tertutup berbanding di tempat terbuka

“Petang tadi turun melihat pokok betik dan cili saya. Bersihkan sikit kawasan sekililing pokok.

“Alhamdulillah, dah mula menampakkan hasil,” tulis Anwar dalam Facebook beliau sambil membuat naik beberapa keping gambar beliau bersama betik dan cilinya.