Kenyataan Media
21 Ogos 2021
Dengan penuh takzimnya saya mewakili Pembangkang keseluruhannya
menjunjung kasih ke atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
di atas pelantikan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.
Kami mengambil maklum bahawa keputusan ini dibuat menurut
lunas-lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang
kita amalkan.
Bagi pihak Pembangkang, ini adalah cabaran untuk kita bekerja
lebih gigih lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak
COVID-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat.
Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua
untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih
gigih menuju PRU-15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah
kita terima pada Pilihan Raya Umum yang lalu.
ANWAR IBRAHIM