KENAPA TAKUT DENGAN ANWAR


May be an image of 1 person, sitting and text that says "theedgemarkets"


NORMAN RADZUAN


Kenapa takut dgn Anwar?

Siapa bakal PM keputusan DURIAN-DURIAN

RAKYAT TELAH BERIKAN MANDAT

Selepas episod 1 berakhir lebih kurang jam 12.30 tgh semalam... tak sampai setengah jam menderu panggilan atau personal message bertanya siapa bakal PM. Saya beritahu jgn tanyakan saya.... tanya Anwar, Ismail Sabri atau Ku Li mereka sendiri pun tak tahu jawapannya.

Ramai yg berkata keputusan terletak kpd Ydp Agong. Bagi saya sebenarnya selain keputusan akhir dari baginda, keputusan siapa bakal menjadi PM atau kerajaan juga terletak di tangan 'durian'2. Kenapa saya kata begitu?

Rakyat telah memberi amanah pada PRU lalu, Ydp Agong mungkin boleh lakukan pilihan PM Interim tetapi hakikatnya apabila baginda memanggil kesemua Presiden Parti atau MP bermakna baginda akn melantik siapa bakal menjadi kerajaan dan PM berdasarkan apa yg diundi majoriti MP atau kod rahsianya durian. Rakyat pula tidak boleh berbuat apa2 utk mengundi siapa menjadi PM ketika ini.

Perlu diingat disebabkan durian busuk inilah kerajaan PH tumbang dan kerana durian2 busuk inilah kerajaan PN tumbang. Ydp Agong tidak menjatuhkan kerajaan yg ada, begitu juga bukan rakyat menjatuhkan kerajaan PH atau PN...semuanya berlaku kerana sikap buruk durian2 ini yg hanya memikirkan kepentingan peribadi.

Ramai rakan bertanya apakah jajaran baru yg saya inginkan? Jika ikutkan saya menolak bersama UMNO. Saya melihat UMNO pemimpinnya sgt diragui sikap amanah atau setiakawan mereka. Sikap rakus mereka bukan mudah dihakis.

Lihatlah bila Muhyiddin meletakkan jawatan semalam, tiba2 mereka ingin melantik PM dari kalangan pemimpin parti mereka sdgkan SD sebelum ini mereka menyokong DS Anwar. Mereka hanya menggunakan PH utk UMNO kembali menjadi kerajaan semula.

Jika berdasarkan kpd jajaran 1 dan 2 di bawah saya lebih percaya dan lebih gemar kpd jajaran 2. Parti Sarawak ini mereka hanya mahu menjaga negeri mereka. Tidak seperti UMNO pemimpinnya dlm tempoh 1 jam boleh berubah rubah utk kepentingan peribadi.

Setahu saya Pejuang tidak bersama kita dan Warisan masih 50-50. Jadi kita anggap mereka tidak menyokong PH.

PLAN 1

PH 88 + UMNO 15 + PSB 2 + BEBAS 2 + UPKO 1 + AHLI BERSATU SWING KE PKR 3 ORG = 111 ORG MP

ATAU

PELAN 2

PH 88 + GPS 18 + PSB 2 + BEBAS 2 + UPKO 1 + AHLI BERSATU SWING KE PKR 3 ORG = 114 ORG MP

Kenapa takutkan Anwar? Jika anda baca di wall rakan2 kita di blok PN atau rakan2 kita pentaksub Melayu mereka sgt membenci Anwar.

1. Ada rakan dari UMNO beritahu jika Anwar jadi PM habislah Cina memerintah. Mereka lupa sdgkan DS Anwarlah yg menyelamatkan UMNO dari diharamkan. Bila ditanya bagaimana Cina boleh perintah... mereka tak boleh jawab.

2. Jatuhnya kerajaan PN seperti Muhyiddin katakan dlm sidang akhbarnya adalah berpunca dari kluster mahkamah UMNO. Muhyiddin tak kata Anwar tapi Anwar juga tetap dijadikan mangsa oleh pentaksub Melayu.

3. Menyalahkan Anwar kegagalan PH. Sdgkan Anwar bukan PM atau Menteri ketika itu. PM dan Menteri ketika itu adalah Mahathir, Muhyiddin dan Azmin. Anwar sekadar MP Port Dickson.

4. Muhyiddin cuba menyindir dgn mengatakan dia berprinsip utk tidak campurtangan urusan mahkamah atau tidak mahu bekerja dgn kleptokrasi. Dia berbohong sedangkan kerajaan PN ini terbentuk dgn kleptokrasi iaitu bersama UMNO. Malah Muhyiddin bekerjasama dgn Pas yg dia sendiri katakan sebagai Parti Ajaran Sesat.

5. Ramai dari kalangan rakan2 yg sebenarnya mereka hanya tahu tentang politik sekadar sahaja. Rata2 mereka ini hanya mengenali Anwar Ibrahim melalui Berita di kaca TV. 20 tahun TV melahirkan persepsi Anwar agen Yahudi, agen CIA, barua DAP dan bermacam macam lagi. Jadi bukan mudah utk memulihkan imej Anwar yg dibunuh karekter begitu sekali oleh Mahathir sejak sekian lamanya.

6. Mereka tidak mahu memikirkan yg menolak Anwar adalah pemimpin2 atau MP yg korup. Hanya org jahat yg takut pada org baik. Ibarat perompak di luar sana yg mereka takut adalah polis. Perompak tak suka dgn polis.

Pembunuhan karektor Anwar telah terlalu lama sehingga menjadi 'branding' di pemikiran org Melayu mengenai Anwar. Anwar ini bukan sahaja ditakuti menjadi PM, utk menjadi MB pun kelam kabut kerajaan ketika itu menyumbat Anwar ke dlm penjara.

Mereka bimbang Anwar akn buktikan sesuatu maka pembunuhan karektor atau sumpahan kpd Anwar akn berakhir dan tembelang mereka merompak berbillion harta rakyat terbongkar. Mereka bimbang budaya rasuah akn berakhir dan negara kita akn menjdi seperti negara China atau Singapura yg sgt tegas kpd rasuah.

Pemimpin politik ini tahu rakyat mudah diperbodohkan. Tunjuk muka sedih, pandai baca doa, beri ucapan mohon simpati ada rakyat menangisDescription: 😂... mereka lupa kerajaan PN ini adalah kerajaan yg mengkhianati mandat rakyat, mereka lupa 10 ribu rakyat kehilangan suami, isteri, anak, ibu bapa dan org tersayang. Mereka lupa ratusan ribu rakyat hilang sumber pendapatan.