Tony Pua menerusi
perkongsian di Facebook, pengambilalihan kerajaan itu juga berkemungkinan besar
akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA
LUMPUR: Tindakan menggulingkan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar akan berpihak atau
memberi manfaat kepada UMNO.
Jelas
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menerusi perkongsian di Facebook, ini kerana
UMNO telah meletakkan kedudukan mereka untuk mengambil alih jawatan tersebut
jika Muhyiddin meletakkan jawatan.
“Tidakkah
sekiranya nanti beliau (Muhyiddin) mengundurkan diri atau meletakkan jawatan
sebagai PM, UMNO dilihat lebih mudah dalam mengatur kedudukan untuk mereka
menerajui jawatan PM?
“Sekiranya, mana-mana pemimpin UMNO menjadi
PM, tidakkah semua kleptokrat akan dibebaskan (atau mungkin juga memperoleh
kembali kuasa)?
“Masa depan negara tergantung pada
keseimbangan. Apa yang berlaku dalam beberapa minggu akan datang boleh membawa
kesan yang besar untuk tahun-tahun yang akan datang.
“Masa untuk berfikir panjang dan berfikir
betul-betul,” jelas Pua yang mempersoalkan antara dilema yang mungkin berlaku
sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak lagi mendapat sokongan majoriti.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Damansara itu
mempersoalkan seandainya golongan kluster mahkamah di dalam kalangan UMNO itu
kembali mendapat kuasa, mereka akan lebih berpengaruh dan berkuasa menjelang
Pilihan Raya Umum yang akan datang.
“Dan jika UMNO kembali menjadi pemimpin di
Kerajaan, anda pasti boleh menjangkakan mereka ini akan lebih dapat mengukuhkan
kekuatan politik mereka untuk muncul lebih kuat lagi selepas PRU akan datang.
“Atau mungkin kita boleh berfikir selangkah ke
hadapan untuk menghentikan golongan kleptokrat ini daripada terlepas?
“Serta mungkin lebih teruk lagi jika mereka
ini kembali mendapat kawalan dan kuasa politik, walaupun itu bermaksud mereka
perlu kekal bertoleransi dengan PN. Itu mungkin boleh menjadi strategi menjadi
buat UMNO, sementara Pakatan Harapan dan rakyat dapat menyingkirkan Muhyiddin
dan Azmin untuk PRU seterusnya,” jelas Pua.
Suhu politik negara kembali membuak-buak
apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa telah menarik
balik sokongan terhadap kerajaan PN dan menggesa supaya Muhyiddin meletakkan
jawatan atas kerana tidak lagi memperoleh majoriti.
Namun semalam, Muhyiddin yang juga Ahli
Parlimen Bersatu mendedahkan, terdapat beberapa pihak yang cuba menangguk di
air keruh, dan cuba mengambil kesempatan dengan mencetuskan kemelut politik.
Perdana Menteri berkata, pihak berkenaan juga
tidak senang hati apabila beliau tegas tidak melayan beberapa tuntutan mereka,
termasuk mencampuri urusan mahkamah.
Katanya lagi, beliau juga telah dituduh
menderhaka kepada Institusi Diraja, sedangkan beliau berkata, apa yang dilakukan
adalah berlandaskan undang-undang.