ASATIZAH NI BERFIKIR NAK SALAHKAN MANTAN PH LA YA...BACA LA LAIN KALI UNDANG UNDANG


No photo description available.No photo description available.



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Kesian pula tengok asatizah ini try hard hendak menormalisasi rape joke dengan murder joke. Actually kedua-duanya di bicara di bawah 2 seksyen yang berbeza. Rape joke is not equal Murder Joke especially untuk kanak-kanak yang masih lagi naif.

Macam mana asatizah ini hendak samakan Kesalahan-Kesalahan mengenai Tubuh Manusia contoh seksyen 307 Mencuba membunuh orang dengan seksyen khas untuk Kesalahan-Kesalahan Luar Tabii, Seksyen 377D melanggar kesopanan atau seksyen 377E merangsang seorang kanak-kanak untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau? Pembuktian kes pun dah berbeza apatah lagi hukuman.

Baca quote di bawah ini dan cuba kaitan dengan apa yang dia cuba guna "Tu Quoque" fallacy (falasi awak juga)

"nanti kalau korang nak rogol, jangan rogol bawah 18, rogol atas 18"

"kalau boys kena rogol, it does not get reported, sebab boys aperiently rasa sedap"

Lawak lucah adalah salah in so many level nak lagi pada kanak-kanak bawah bawah umur. Macam geng ustaz yang suka buat lawak double meaning pasal malam jumaat itu pun salah. Nak buat penerangan untuk sexual education okay tapi melawak bab rogol is not okay.

Kira kalau rape joke is okay, lepas ini pedophilia joke is okay jugala kan? Kan semua benda adalah lawak jenaka.

Jangan normalisasikan lawak lucah. Jadi jika ikut argument dia, kalau lawak lucah seperti di atas tak salah, jadi boleh la kita melawak lucah setiap masa?

Lagi best nak kaitkan pasal mantan menteri PH dah kenapa? Polis dah buat siasatan dan kes di klasifikasikan sebagai NFA ( maybe sebab tak cukup bukti atau undang-undang samar), jadi saman sivil adalah perkara yang betul, depa nak sue and counter sue ke lantak pi depalah, itu di benarkan dalam undang-undang.

Sebelum awak nak salahkan mantan menteri PH (sebenarnya nak sebut DAP kan? tapi malu takut terciduk macam Mutfi Serba Tahu), ada 2 kementerian yang patutnya bersuara dalam kes ini.

Menteri Pendidikan dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat. Kalau 2 orang menteri ini masuk campur, tak payah la mantan menteri DAP tadi nak sibuk2 bersolidariti.

Yang jadi isu sekarang ini bila menteri tak buat kerja, rakyat terpaksa resort untuk saman sivil. Patut menteri tadi bentang pindaan RUU 377E atau Akta A1511 akta kanak-kanak pindaan 2016 supaya memasukan lawak lucah terhadap kanak-kanak oleh orang yang di amanahkan sebagai satu kesalahan jenayah.

TAPI APA?

Zaman kerajaan melayu isle yang TokPeti idamkan dulu, Parlimen pun di tutup hampir 8 bulan. Jadi kalau parlimen di tutup, nak pinda kat mana RUU wahai Asatizah yang cerdik pandai?

Jadi kalau macam ini di kira Islam terancam tak?

Demikianlah DAP.....

Kan?