MOHD SAYUTI OMAR
Sejak semalam kita dikejutkan dengan usaha untuk membeli ahli
parlimen pembangkang (PH) bagi menyelamatkan nyawa politik Mahiaddin dan
kerajaan PN. Celaka cis.
Didedahkan lima orang ahli Parlimen Keadilan dan tiga ahli
Parlimen DAP dihubungi dengan tawaran agar meninggalkan parti mereka.
Usah tanya berapa banyak imbuhan.
Daripada PKR, mereka Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor), Azman
Ismail (Kuala Kedah), Cheng Ming Kai (Alort Setar), Muhammad Bakhtiar Wan Chik
( Balik Pulau) dan Nik Azmi Ahmad (Setiawangsa).
Semenatara daripada DAP, M Kulasegaran (Ipoh Barat), Khoo Poay
Tiong (Kota Melaka) dan Kelvin Yie (Kuching).
Semua berjumlah lapan orang. Jumlah itu masih belum mencukupi
untuk cover 12 ahli parlimen Umno yang tarik diri sokongan kepada kerajaan PN.
Ertinya broker sedang mencari tiga atau empat orang lagi wakil rakyat untuk
menggenap angka.
Setakat ini tidak ada apa-apa pendedahan daripada wakil Amanah.
Apakah parti itu juga turut sama dihimpit? Tidak mustahil. Kalau dihimpit dan tidak
ada pendedahan bagus juga, tetapi jangan diam-diam ada yang membuat rundingan
senyap. Jangan turun bukit untuk rebut ghanimah weh.
Sikit bimbang kerana sebelum ini ada cerita beberapa ahli
Parlimen Amanah dihubungi dan ditawar jawatan. Teruja.. ada juga yang mengurut
dada. Jangan bang..jangan. Jika anda buat anda akan dimaki hingga ke neraka.
Dalam pada itu rasanya strategi tidak baik apabila parti
mendedahkan ada MP mereka dikepong, sepatutnya dibiarkan sahaja broker
berangan, yang penting teguhkan imam dan buat surpise dihujungnnya nanti. Biar
broker maut di tengah jalan bersama Mahiaddin. Trims.