NORMAN RADZUAN
PM BAGAIMANA YANG KITA PERLUKAN SAAT INI
Kita bukan sekadar mahukan jawatan PM9 utk diisi tetapi kita
mahu PM yg mampu memulihkan ekonomi dgn kualiti dan pengaruhnya bertaraf
International. Kita bukan hendak lantik Ketua Kampung yg hanya pandai
berceloteh.
Kita mahu PM yg jujur, yg tidak korup dan berwawasan. Kita mahu
PM yg mempunyai hubungan baik dan dihormati di peringkat antarabangsa kerana
dgn kualiti yg ada seperti ini barulah negara mampu diubah.
Kita tidak mahu PM yg mahu dirinya dipilih demi kepentingan
Melayu dan Islam sebab kita mahu PM yg mampu menjaga kepentingan semua kaum di
Malaysia. Rakyat yg susah ketika ini bukan sahaja org Melayu tetapi semua bangsa
yg ada.
Kita tidak mahu PM yg menawarkan jawatan Menteri kpd mana2 MP
atau parti yg menyokongnya. Kita tidak mahu PM yg menawarkan jawatan GLC demi
mempertahankan jawatannya. Kita tidak mahu kerajaan menggunakan puluhan juta
ringgit duit rakyat sebulan hanya utk menampung keperluan MP kerana dana2 besar
itu jauh lebih baik utk bajet keperluan Covid19.
Jadi kita berharap Perdana Menteri yg baru dilantik adalah
mereka yg mampu mengubah nasib negara bukan Perdana Menteri yg sekadar tahu
memainkan isu agama dan bangsa.
Malaysia memerlukan PM berkualiti dan rakyat yg berkualiti utk
kita menjadi negara maju seperti Singapura. Quality is not about next election,
its about next generation.