Oleh :MSO
Nak bercakap fasal Umno sikit, parti tertua di negara ini yang
banyak berjasa. Seperti terkena ketulahan parti ini hilang pedoman dan kompas
waktu ini. Semuanya kerana satu bahana setelah kalah dalam Piraum dan hilang
kerajaan.
Kenapa Umno dilihat utuh dan berepadu sebelum ini, kerana ia
memiliki kuasa. Setelah kuasa hilang para pemimpin dan penyokong lari
bercemperian. Umno yang ditubuh atas semangat nasional gagal untuk dipupuk.
Bahawa selama ini Umno kelihatan kuat kerana materialistik, bukan solidariti
atas semangat nasionalisme.
Materialistik ini sangat merbahaya dan meracuni segala naiwatu
perjuangan. Apa sedang dialami Pas waktu ini satu lagi tanda macam mana
materialistik telah mengoyak parti berkenaan. Kuasa sedang mengigit parti itu.
Semangat ukhuwah dan Islamik yang menyacang selama ini sudah runtuh dan
membumi.
Begiu fiil nya manusia yang rapuh dengan material, boleh melupai
asal usul perjuangan, boleh melupai kawan dan sobat, boleh melupa zaman
sangsara. Hal ini juga turut terjadi kepada parti serpihan yang diberikan kuasa
selama 22 bulan, ramai pemimpinnya jadi lupa daratan dan tersedar semula
selepas hari siang bolong.
Berbalik kepada Umno kini parti itu jadi tunggang langgang,
sudah tidak tahu kepa ekor lagi. Ketua tidak lagi dihormati dan boleh disekeh
begitu sahaja. Tidak ketaui siapa kepala dan berkuasa dalam Umno kini.
Kepalanya tyerlalu banyak menjadikan Umno seperti Naga berkapala tujuh.
Walaupun Zahid Hamidi memegang jawatan presiden, tetapi jawatan
itu tidak memberi apa-apa makna buatnya dan Umno. Beliau sendiri tidak
dihormati.
Individu dalam parti itu terlebih sudu daripada kueh berbanding
Zahid. Nama-nama seperti Annuar Musa, Shahidan Kassim, Nazri Aziz, Tajuddin
Rahman, Hishammuddin Hussein, Tengku Razaleigh Hamzah adalah individu yang
bertindak dan beraksi sebagai ketua dalam Umno. Kerana terlalu banyak kepala
menyebabkan Umno hilang arah dan pedoman. Trims.