Semoga pengorbanan kita, frontliners dikurniakan ganjaran

 


Beliau berkata, ia mengajar erti pengorbanan tatkala mendepani pelbagai cabaran dalam kehidupan.



"Pada hari yang cukup penting lagi dipenuhi sejarah ini, seluruh umat Islam bertakbir, bertasbih, bertahmid, dan turut beringat-ingat tentang kisah yang menjadi teladan buat kita semua: bagaimana Nabi Ismail telah dengan rela hati meminta ayahandanya Nabi Ibrahim mengikuti perintah Allah agar dia dikorbankan.



"Semoga segala usaha dan pengorbanan kita, para petugas barisan hadapan dalam mendepani waktu mencabar ini dikurniakan sebaik-baik ganjaran.



"Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita semua sentiasa dibawah rahmatNya, dijauhi dari wabak dan penyakit berbahaya, diangkat wabak Covid-19 ini serta diberi keberkatan dan keredhaannya jua," katanya.