MOHD MUKHLIS
Nampaknya SS sudah di tuduh di mahkamah di bawah akta wang
haram/pecah amanah di bawah 2 pertuduhan.
1. Antara 8 April 2018 dan 21 April 2018, di Maybank KL, dana
yang disalahgunakan menyumbang untuk PRU-14 sebanyak RM120k yang dikeluarkan
dari akaun maybank ARMADA PPBM. Oleh itu, melakukan kesalahan di bawah s.403
Kanun Keseksaan.
2. Pada 6 Mac 2020 di CIMB KL, sebagai Ketua ARMADA Malaysia,
telah melakukan pecah amanah jenayah di mana anda telah menarik balik RM1 juta
melalui cek tanpa kebenaran Majlis Tertinggi PPBM, dan dengan itu telah
melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan s.405, boleh dihukum di bawah
s.406 (penjara tidak melebihi 10 tahun dengan sebatan dan juga denda)
Yang paling menarik pertuduhan pertama berlaku sebelum PRU14;
tapi sepanjang pemerintahan PH kenapa tak ada orang siasat? Atau ada orang
siasat tapi saja simpan sebab sokong dia?
SS tak boleh kata ini semua pertuduhan politik terhadap dia
sebab kalau macam itu, kluster mahkamah yang lain pun akan kata tuduhan pada
mereka adalah konspirasi politik. Lagi satu semasa 22 bulan pemerintahan PH,
ada tak SS bersuara tentang manifesto PH untuk letak SPRM sebagai badan bebas
dan bukan di bawah Perdana Menteri?
Atau ada tak dia bising bila Mahathir lantik rival politik Anwar
jadi KP SPRM yang langsung tak profesional. Lepas itu manifesto tentang
asingkan jawatan Peguam Negara dan Pendakwaraya Negara? Yang pasti dalam audio
sebelum Shereton, SS nampak sangat ingin mempertahankan Mahathir dan tidak mahu
transisi berlaku pada Anwar.
Tak guna kita bising pada benda yang kita sendiri tak mahu buat
bila ada kuasa. Sebab itu, kita kena laksanakan manifesto walaupun dia tak
favour kita untuk berkuasa selama-lamanya.
Do the right thing at the right time in the right way.
Ingat, kalau kita sudah asingkan AG/SG, merdekakan SPRM sudah
tentu perkara ini tidak akan berlaku, tapi you reap what you sow, your silence
finally haunt you back.
Cuma nak tanya, since Syed Saddiq sudah jadi kluster mahkamah,
geng-geng suci yang tak mahu kerjasama dengan UMNO sebab ada kluster mahkamah
dulu, bolehkah berkerjasama dengan SS sebab SS juga sudah maqam inherit kluster
mahkamah?