NORMAN RADZUAN
Selagi ada Tun kita belum Merdeka
MAMPUKAH ANWAR TEWASKAN MAHATHIR?
Mampukah Anwar menjadi PM? Itu soalan yg salah. Soalannya
mampukan Anwar tewaskan Mahathir? Hanya mampu menewaskan Mahathir barulah Anwar
mampu menjadi PM.
Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein, Tun Musa Hitam, Tengku
Razaleigh, Tun Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak boleh dianggap menerima
pukulan TKO... hanya Anwar masih dianggap hanya menerima pukulan KO dan bangkit
kembali.
Mampukah Malaysia lakukan Reform? Jawapan saya sgt sukar kecuali
dgn izin Allah. Mahathir hanya tidak mampu melawan Tuhan yg mencipta dirinya.
Sebenarnya Mahathir telah menguasai Malaysia lebih 40 tahun lamanya... dia
mastermind sebenar politik negara.
Dia akn menentukan siapa PM, siapa TPM. Jika siapa tidak
bersetuju dia akn menunjukkan kemarahannya. Dia akn lakukan apa sahaja sehingga
sanggup melutut kpd Anwar asal perancangannya berjaya. Kita mesti ingat tanpa
Anwar, Mahathir tidak akn berjaya menjatukan Najib.
Mahathir seorang yg tidak boleh dipercayai dan sgt licik. Apa yg
dia kata itulah yg dia buat. Dulu waktu dia menjadi PM dia kata dia tak suruh
mana2 Menteri bantu anak dia berniaga... tapi bila Anwar tak bantu
anaknya...punca antara beliau menyingkirkan Anwar sebagai TPM.
Dia kata Melayu suka tubuh parti utk kepentingan diri sedangkan
dia lah yg menubuhkan UMNO baru, BERSATU dan terbaru PEJUANG. Malah punca
Melayu berpecah hingga tertubuhnya parti S46 dan PKR adalah kerana dirinya.
Style Mahathir dia tidak berasa malu apa yg di kritik (lawan
musuh politiknya) itulah juga dia lakukan. Sebenarnya dia tak layak langsung
bicara soal kleptopkrasi tapi itulah manusia bernama Mahathir yg mampu
mengelirukan pemikiran rakyat.
Ramai yg hairan kenapa Mahathir tidak menyerang Hishamuddin dan
Azmin Ali? Ramai juga yg hairan kenapa Tengku Zafrul mengadap Mahathir? Jika
Zafrul ingin bertanya soal ekonomi... Anwar adalah individu yg paling sesuai
kerana beliau adalah satu2nya Menteri Kewangan
terbaik
negara dan Asia yg patut dirujuk bukannya Mahathir.
Kita juga hairan Mahathir yg kononnya kuat menghentam PN tetapi
dia juga cukup byk diberi ruang muncul di media massa dan elektronik. Dia juga
tidak diserang oleh Mahiaddin atau Azmin. Hanya org yg tidak belajar Sains
Politik yg mudah tertipu dgn game Mahathir.
Sebab itu kita hairan ada pimpinan Dap dan Amanah yg boleh
mempercayai Mahathir. Sudah byk bukti atau fakta yg mengatakan Mahathir seorang
yg tidak boleh dipercayai. Liciknya Mahathir dia boleh menguasai pemimpin
kerajaan dan pemimpin pembangkang.
Kelibat beberapa pemimpin Amanah dan Dap utk mempercayai
Mahathir telah byk membuang masa rakyat dan parti hingga berpecah. Jika tanya
org gila dkt Tg Rambutan pun mereka pun pening kenapa seorang lelaki berumur 96
tahun masih mahu menganggu politik Malaysia. Lebih gila bila ada yg mahu
bekerjama dgnnya yg mahu melantik diri sendiri menjadi PM kali ketiga...
Lihatlah sikap Mahathir yg berjanji berikan jawatan kpd Anwar
berkali kali di hadapan media... akhirnya selepas itu dia berkata Anwar tidak
layak... Yg layak Azmin dan anaknya Mukhriz.... haaaaa.
Soal menentukan dan menjatuhkan PM, Mahathir telah lama lakukan
kpd PM Menteri pertama lagi atau Bapa Kemerdekaan kita Tunku Abdul Rahman. Dia
lah yg mendesak Tunku meletakkan jawatan sepertimana dia lakukan kpd Pak Lah
dan Najib.
Apa kata Tunku Abdul Rahman “Amat menyedihkan sekali sekeping
surat yang memerlukan masa 10 minit menulisnya telah memusnahkan khidmat saya
selama lebih 17 tahun.
Dr Mahathir sendiri tahu untuk bangsa dan negara, saya telah
mengorbankan segala kesenangan dan telah menjadi miskin dan papa malah untuk
membayar cukai pendapatan pun saya terpaksa menjual harta benda.” – Tunku Abd
Rahman.
Tunku berkata Mahathir telah melahirkan persepsi kononnya beliau
pro Cina, dibenci org Melayu dan bermacam macam lagi. Apapun kata Tunku beliau
hanya mengambil tindakan memecat Mahathir dari UMNO dan bukan seperti apa yg
dilakukan oleh Mahathir dlm operasi lalang melawan musuh2 politiknya.
Begitulah selama 22 tahun Mahathir melahirkan persepsi
memburukkan Anwar hingga ramai org Melayu percaya. Hingga apabila Mahathir
melihat pada PRU 12-13 kebangkitan rakyat kerana media sosial... dia
menggunakan cara khianat yg sukar dibaca oleh Anwar sendiri.
Dia seolah olah sudah bertaubat dan mahu memperbaiki dirinya.
Tapi sebenarnya Mahathir dari era Tunku Abdul Rahman sehingga skg tidak berubah
dan tidak akan berubah. Dlm dirinya, dia benci Najib dan takut Anwar.
Selagi ada Tun jgn bermimpi kita mampu melakukan reform. "This man alone will bring down the nation," ujar Tunku Abdul Rahman 50 tahun dahulu. Fahami betul2 maksud Tunku itu.