ZUS DIN
Suruh ada tatakelola
yang baik aje pun dah macam menggenggam bara api, kalau macam ini lambat
lagilah Malaysia hendak jadi negara yang maju. Kalau benda yang melibatkan duit
awam kena ada prejudis, tak boleh auto husnuzon; jika tidak jadilah macam kes
Tabung Memali atau Kohilal yang tak pernah di audit.
ZAED ZULKIFLI
Sisi gelap NGO
Kalau ikut beberapa feedback dari law enforcement agency (LEA)
samada PDRM, LHDN, BNM; banyak sisi gelap NGO.
NGO jadi satu platform pendapatan, platform untuk cuci duit
(money laundering), untuk elak cukai (tax evasion), untuk pembiayaan aktiviti
terrorisma (terrorism financing).
Kena ada satu guideline dan pemantauan rapi terhadap NGO yg
kutip duit, ada tadbir urus yang
mantap
, ada audit dari sudut sumber kewangan, audit perbelanjaan.
Pihak berkuasa tahu ada NGO yg bermasalah tapi nak amik tindakan
payah sebab melibatkan public interest yang akan ada campur tangan pihak2
tertentu.
imagine kalau LEA buat siasatan terhadap individu tertentu yg
nama besar dalam NGO samada socmed influencer, artis, politicians; maka
melenting lah orang ramai dalam dunia warga net. Kenapa nak siasat? Takde kerja
lain ke? Berapa banyak kau derma? Orang susah takde orang bantu? Pihak zakat
tak buat kerja duduk mengangkang kat opis? Pihak zakat tak turun padang? “Nasib
baik ada individu si polan si polan bagi bantuan, nak harap kat korang, haram
kebulur.”
Semasa kes ISIS, ISIL panas, memang ada aktiviti pembiayaan
pengganas yang menggunakan platform NGO untuk kutip derma. Mungkin kita sebagai
penderma sangka baik kepada pihak yang menguruskan. Tapi kalau takde kawalan
dan audit, who knows where the money goes.
Mungkin selepas ini KYC terhadap individu2 tertentu bukan PEP
sahaja, tetapi melibatkan public figure, socmed influencer dsb.
Rakyat malaysia yg dermawan, bekas kerajaan yang memerintah
boleh buat tabung harapan yang jumlah kutipan rm200 juta. Yg ni sib baik ada
audit.
Imagine kalau simpatisan terhadap individu tertentu yg ada
jutaan follower. Kalau average follower derma rm10 sahaja sebulan, 10 juta
sebulan, setahun 120 juta. Peruntukan undang2 membolehkan NGO guna 30% untuk
kos pentadbiran dsb. Untuk secara terus menerus orang menderma, kena ada satu
modus operandi.
Aku rasa sudah tiba masanya LEA melihat area ini tanpa perlu
rasa takut kecaman orang ramai. Kes2 yg tidak diaudit, tidak comply etc; bukan
satu dua tapi banyak. Sebab tu ada org boleh buat full time kerja2 NGO lebih
mewah dari manager kat petronas. Rakyat malaysia memang dermawan.
Ini bukan tulisan aku yang pertama pasal ni, malah zaman
forensic accounting lagi. Tapi aku tak nafikanlah ada NGO yg memang bagus. Yg
bagus, yang telus tu lah yang kita war war kan.