Bijak carta kes seharian dimainkan
Carta harian ini berlegar di wall media sosial. Akhirnya rakyat
semakin panik. Ia kita patut panik kerana ramai yg mati. Tapi adakah kita
melihat pemimpin2 kita panik atau merana seperti kita?
Situasi kita sgt teruk walaupun sudah setahun lamanya. Penduduk
kita bukan seperti India cecah angka billion, Amerika 300 juta, Indonesia 250
juta yg sukar dikawal... tetapi mengapa kita begitu teruk? Itu persoalannya
skg.
Ya rakyat sudah berkorban utk PKP, PKPP, PKPD... hilang keluarga
terdekat samada kerana Covid atau bunuh diri, hilang pekerjaan dan
perniagaan... berdisiplin memakai, tidak bertemu keluarga berbulan malah ada
bertahun... apakah ia masih salah rakyat?
Bagi saya carta ini tidak harus dipersembahkan kpd rakyat.
Singapura khabarnya sudah tidak menghebahkan lagi... malah negara2 lain hanya
menunjukkan carta jumlah vaksinasi dan mereka yg sembuh sebagai psikologi
rakyat jgn panik. Yg patut kerajaan lakukan skg ialah segerakan vaksinasi.
Mengapa jgn timbulkan suasana panik? Sebab pemimpin tidak panik.
Pemimpin boleh bawa keluarga bercuti ke Turki, Paris, Mesir, NZ, bawa janda ke
sana sini dan malah boleh bernikah di kala rakyat ramai yg bunuh diri kerana
hilang punca pendapatan.
Mereka simpan kita di dlm rumah mereka bebas ke sana sini
berseronoo dgn keluarga dan wanita idaman. Khabarnya juga sibuk project direct
nego ratusan juta, sibuk berikan pangkat sana sini gunakan wang rakyat...
mereka tak ambil peduli pun sebenarnya atau mereka tak panik pun.
Mereka asyik dgn projek dan bagaimana mengekalkan kuasa, mereka
lupa utk menyediakan kelengkapan hospital utk Pandemik ini. Mereka lupa utk
uruskan dgn baik persiapan pandemik ini.
Hari ini carta ini keluar ramai yg terkejut dan panik... bijak
kerajaan.