NAK JATUHKAN UMNO BUKAN PAYAH...DUIT DAN JAWATAN....BIJAK MUHYIDDIN SEBAB DIA DARI UMNO


Ahmad Maslan ulangi agar MP Umno taat keputusan parti


Ahmad Maslan ulangi agar MP Umno taat keputusan parti. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan membicarakan soal kesetiaan dan tata etika parti yang dilihat sebagai sindiran tersembunyi terhadap menteri daripada parti itu yang menyokong penuh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, anggota kabinet Muhyiddin termasuk sembilan ahli Parlimen Umno menyokong kepimpinannya sebagai perdana menteri, biarpun parti itu menarik balik sokongan terhadap presiden Bersatu itu.

Dalam satu hantaran di Twitter, Ahmad berkata dia tidak mungkin memenangi kerusi Parlimen Pontian tanpa sokongan daripada parti, pemimpin dan semua petugas pilihanraya.

“Oleh itu, sewajarnya saya sentiasa taat, setia dan hormat kepada keputusan parti seperti termaktub dalam tata etika ahli Umno.”

Minggu lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan mendesak perdana menteri itu meletak jawatan supaya perdana menteri interim dapat dilantik.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Hishammuddin Hussein dilantik sebagai menteri kanan.

Peguam Negara Idrus Harun juga berkata Muhyiddin akan terus memerintah sehingga kepercayaan majoriti ditentukan oleh ahli Dewan Rakyat dalam persidangan yang kembali diadakan pada 26 Julai ini.