Rakyat marah bila mandat mereka dikhianati. Letih woo beratur
panjang nak menangkan Pakatan Harapan tetiba hgpa KHIANAT? Boss Kurr tak payah
nak bela #MInCiRIT tu dia yg mencari.
Memang le netizen lepas geram sbb Kilang masih dibenar operasi,
kes COVID-19 makin tinggi dan Parlimen pun lama digantung. Mereka tak boleh nak
suarakan keresahan melalui wakil-wakil Rakyat (Ahli Parlimen) masing2.
Nasib hg lah #MinCIRIT. Ini
natijah PNkhianatan.
Allah dah beri peringatan.
للَهَ لا يَهدي كَيدَ الخائِنينَ...
“..dan bahawasanya Allah tidak meredhai tipu daya orang-orang
yang berkhianat..”
Surah Yusuf : Ayat 52
- Zus Din
10 Julai 202
**************************
Netizen lepas geram pada Azmin di laman FB menteri Austria
Diterbitkan 10 Jul 2021, 2:04 pm
Netizen Malaysia melepaskan rasa geram terhadap cara Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali menangani wabak Covid-19 pada
laman media sosial Menteri Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Margarete
Schramböck.
Ini selepas ciri komen platform media sosial Azmin ditutup di
tengah-tengah komen kemarahan yang berterusan.
Ini menarik perhatian bekas perdana menteri Najib Razak yang
menulis di Facebook.
"Min, rakyat suruh kamu tutup kilang. Bukan tutup ruang
komen," katanya.

Hantaran Schramböck dalam bahasa Jerman di laman Facebooknya
mengenai pertemuan bersama Azmin mendapat lebih 6,700 komen, kebanyakannya
netizen Malaysia.
"Tuan Yang Terutama Dr Margerete Schramböck, kami ingin
memperdagangkan Azmin Ali dengan apa sahaja yang sesuai dengan anda, sebuku
roti ... sebiji batu, tidak menjadi masalah. Kami akan mengambil apa sahaja
untuk dia terus tinggal di sana. Harap pertimbangkan perdagangan ini, terima
kasih," kata seorang pengguna Facebook.
Yang lain meminta maaf kerana "mengganggu" Schramböck tetapi
menyatakan mereka tidak dapat memberi komen di laman Facebook Azmin.
"Kerana dia jumlah kes Covid-19 di sini meningkat dengan
tidak terkawal," kata pengguna lain.
Azmin kemudian menyiarkan hantaran mengenai pertemuan yang sama
di laman Facebooknya yang membolehkan pengguna memberi komen.
Walau bagaimanapun, komen masih tidak dibenarkan pada hantaran
sebelumnya.
"Saya mengadakan pertemuan dua hala yang produktif dengan
Tuan Yang Terutama Dr Margerete Schramböck, Menteri Persekutuan untuk Hal Ehwal
Digital dan Ekonomi Austria.
"Kami bersetuju mengenai kepentingan utama untuk terus memperkukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala yang kuat antara Malaysia dan Austria," kata
Azmin pada laman Facebooknya.
Hantaran itu menerima lebih dari 1,900 komen, yang kebanyakannya
aduan mengenai cara Azmin mengendalikan wabak Covid-19.
Kemarahan netizen semakin 'meluap-luap' apabila kes Covid-19
terus meningkat walaupun dengan pelaksanaan PKP penuh.
Kes baru Covid-29 semalam memecah rekod jangkitan tertinggi dengan
9,180 kes, lebih 4,000 kes di Selangor.
Pun begitu, kerajaan telah mula membenarkan kompleks beli-belah
dibuka semula.
Isetan dan Sogo antara kompleks beli-belah yang mengumumkan
pembukaan semula mulai semalam.
https://www.malaysiakini.com/news/582506