NAJIB GESA MAHIADDIN SEGERA UNDUR, RAMAI PEMIMPIN DUNIA DIGANTI TAPI TAK JEJAS PUN USAHA TANGANI COVID19

 

Ada yang kata menukar PM sekarang akan menjejaskan usaha kerajaan melawan Covid.

Tapi jika semakin gagal melawan Covid selama 7 bulan dengan kuasa penuh Darurat, apa lagi nak dikato?

Sudah tentu seorang perlu bertanggungjawab atas kegagalan bersambung kegagalan kerajaan yang banyak mengorbankan nyawa manusia dan menyusahkan seluruh Rakyat Malaysia.

Ramai yang berpendapat bahawa usaha kerajaan Amerika Syarikat membendung Covid menjadi lebih baik setelah presiden Joe Biden ganti Trump.

PM Édouard Philippe dan seluruh kabinetnya letak jawatan setelah gagal bendung Covid dan selamatkan ekonomi pada Julai 2020 tidak pula jejas usaha kerajaan Perancis lawan Covid.

Yoshihide Suga ganti Shinzo Abe sebagai PM pada Sept 2020 tak menggangu usaha kerajaan Jepun lawan Covid.

Giuseppe Conte letak jawatan pada Jan 2021 untuk pikul tanggung jawab atas kegagalan melawan Covid tidak jejas usaha kerajaan Itali bendung Covid.

Khurelsukh Ukhnaa letak jawatan sebagai PM pada Jan 2021 setelah dituduh gagal lawan Covid tidak pula ganggu usaha kerajaan Mongolia lawan Covid.

Igor Matovic letak jawatan pada Mac 2021 untuk pikul tanggung jawab atas kegagalan melawan Covid tidak jejas usaha kerajaan Slovakia melawan Covid.

Kerajaan terus jalan dan dasar-dasar baharu setiap kerajaan baharu yang tukar PM lebih menyakinkan Rakyat.

Program vaksinasi langsung juga tidak akan tergugat sebab bukan menteri-menteri yang turun ke padang untuk suntik vaksin.

Adakah penjawat awam tiada kebolehan untuk memastikan vaksin diberi pada Rakyat?

UMNO tak gila kuasa.

Cadangan UMNO ialah PM8 perlu mengambil tanggungjawab untuk undur setelah keadaan Covid dan ekonomi negara tambah berkali ganda lebih teruk biarpun kerajaan telah diberi kuasa penuh Darurat selama 7 bulan.

Sebab menteri UMNO tutup pintu depan tapi ada orang lain berkali-kali buka pintu belakang.

Sebab kita tengok kerajaan hari ini tidak stabil dengan majoriti tipis atau tiada majoriti.

Sehingga tugas memelihara, melindungi katak-katak serta pengkhianat dengan menjayakan “scheme of things” menjadi keutamaan kerajaan.

Sehingga YDP Agong dan Raja-Raja Pemerintah terpaksa bersuara.

UMNO cuma mahu seorang PM dan pengerusi MKN baharu untuk fokus menyelesaikan masalah Covid secepat mungkin tanpa memikir bagaimana nak kekalkan kuasa atau katak yang mana lagi boleh dibeli.

Selepas satu tempoh yang pendek antara 3 hingga 6 bulan dan setelah negara capai imuniti kelompok dan Covid selesai, parlimen akan dibubar dan mandat akan diserahkan kepada Rakyat semula untuk menyelesaikan masalah kerajaan tidak stabil yang penuh dengan katak-katak dan penderhaka – selari dengan kehendek Muafakat Nasional pada bulan Februari 2020 selepas kerajaan PH tumbang.

Selari juga dengan jaminan PM8 untuk melaksanakan PRU secepat mungkin dalam tempoh setahun selepas penubuhan kerajaan PN seperti yang dijanji dia pada UMNO masa dia meminta kita beri sokongan pada dia.

UMNO mahu serahkan kembali kuasa. UMNO tak mahu beli katak, tak ada “scheme of things” atau buat darurat dengan alasan demi alasan bodoh untuk kekalkan kuasa.

Jadi, tang mana yang UMNO gila kuasa?

Tiada jaminan UMNO atau BN akan menang.

Lagipun, PH dan PN sering kata pentadbiran mereka semasa jadi kerajaan amat berjaya dengan track rekod yang baik.

Sebab itu, PH dan PN tak perlu takut pada mandat Rakyat.

Lagipun, PN dan PH bukan sering tuduh UMNO dan BN penuh rasuah, rasis dan tak kompeten?

Jadi, bagaimana pula UMNO dan BN ada peluang untuk menang?

Tapi menang atau tidak, masalah utama kerajaan tidak stabil dengan majoriti tipis bukan pilihan Rakyat yang kurang meyakinkan Rakyat dan pelabur asing akan diselesaikan secepat mungkin tanpa diheret berpanjangan selama dua tahun lagi untuk membawa lebih banyak kerosakan pada negara.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.