Najib tanya ahli
parlimen BN mana sokong Muhyiddin?. Satu kenyataan tanpa nama mendakwa Ahli
Parlimen Barisan Nasional menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selaku
Perdana Menteri mengundang respons Najib Razak.
Bekas presiden Umno itu tertanya sejak bila beliau, yang juga
seorang wakil rakyat BN, berpaling daripada keputusan partinya.
“Eh…saya pun Ahli Parlimen BN. Sejak bila saya setuju langgar arahan Majlis Kerja Tertinggi Umno semalam?” katanya di Facebook.
Kenyataan
tanpa nama itu menyatakan Ahli
Kenyataan tanpa nama itu
menyatakan Ahli Parlimen BN membuat pendirian itu, kerana “kelangsungan hidup
rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik”.
Semalam,
Umno menyenaraikan tujuh sebab ia menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin,
semua berkaitan “kegagalan” kerajaan.
Antara
tujuh sebab itu adalah gagal menangani Covid-19 secara berkesan, tidak dapat
mengurus bantuan kepada rakyat dengan baik, dan memperkotak-katikkan titah Yang
di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang terpaksa berulang kali mengeluarkan
kenyataan media supaya Parlimen dibenarkan bersidang.
“Siapa
ada senarai penuh nama-nama yang dimaksudkan dalam kenyataan yang dikeluarkan
entah pihak mana ini?” soal Najib.
Seorang pembantu kepada Ismail Sabri Yaakob,
timbalan perdana menteri yang baharu dilantik, mengesahkan kenyataan berkenaan
“sahih”.
“Sila
beri senarai nama,” kata Najib.