MOHD MUKHLIS
Saya nak menjawap soalan yang di berikan oleh follower, dia
tanya soalan ini dari bulan Januari lagi, lepas tu dia tanya lagi tadi bila PH
buat statement yang Muhyidin kena meletak jawatan dengan terhormat sebab sudah
hilang keabsahan. Saya rasa tak manis kalau tak jawap soalan yang saya tahu
jawapan dia.
Soalan ini agak menjerat sebab dia boleh jadi serampang dua
mata; dan ada sesetengah perkara hanya boleh di jawap dengan masa. Jadi saya
rasa sekarang ini adalah masa yang tepat untuk menjawapnya. Malangnya ia tidak
semudah A B C.
Untuk rekod sejarah, Mahathir memang seorang yang licik dalam
mendapat apa yang dia nak. Kalau siapa ingat mula-mula dulu lepas kena pecat
dari Bersatu, dia sebut nak tubuhkan Parti baru. Selepas itu wartawan tanya
sama ada dia akan bertanding atau tidak PRU15. Mula-mula dia kata tak mahu
bertanding, tapi lepas tu ada ayat sambung dia, dia tak akan bertanding PRU15 kecuali
penyokong dia paksa. Ini bukan kali pertama dia guna orang lain untuk
mengabsahkan tidakan dia.
Secara teknikal dalam perlembagaan persekutuan 43(2) kata kalau
PM hilang kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat, PM kena letak jawatan ataupun
bubar parlimen. Jadi apa yang AG Melayu Isle buat ini secara teknikal adalah
betul. Cumanya lebih kurang macam kita dah tau orang itu jadi arwah cuma tak
boleh kebumikan sebab doktor belum sahkan, jadi takkan nak tunggu pengesahan
doktor tak kira sampai mayat dah busuk pun masih tak mahu kebumi?
Ada beza antara teknikal dan normaliti. Di sini kita boleh lihat
2 reaksi yang berbeza dari tindakan yang hampir sama.
Orang normal kalau majoriti sudah hilang dia akan letak jawatan,
tapi kalau orang gila kuasa dia akan bergayut pada kekhilafan teknikal untuk
berkuasa.
CUMA
Yang bezanya dengan perletakan kuasa Mahathir yang tidak normal
ialah:
1) Dia dengan mudah meletak jawatan tanpa berbincang dengan
sesiapa langsung, dan Peguam Negara ( dalam memoir nya) yang mana juga
penasihat Kerajaan PH ketika itu juga bingung. Bayangkan Muhyidin boleh panggil
jemaah menteri dan Peguam Negara berbincang dia sudah hilang kuasa. Dari sini
kita nampak yang Mahathir letak jawatan itu adalah satu benda yang memang dia
rancang, aksi tersebut hanya untuk kata yang dia sudah letak jawatan
sebagaimana yang dia janji. Itu tak termasuk buat jawatan PM itu macam hak peribadi
dia sendiri, padahal Muhyidin lebih "team player" bila dia panggil
kroni untuk bermesyuarat.
2) Itu tak termasuk berkali-kali dia perkecilkan kata Anwar tak
cukup sokongan padahal dia tinggalkan PH dalam keadaan yang sangat teruk ( dari
sentimen rakyat dan moral penyokong yang rendah). Cumanya bila di undi antara
dia dan Anwar, dia hanya dapat 65 sokongan berbanding dengan Anwar 107 ( ikut
laporan Sarawak Report).
3) Jadi bila dia sudah letak jawatan, Anwar kena pandai-pandai
cari sokongan sendiri untuk jadi PM. Cuma kita bayangkan, kalau masa PH menang
dulu, Kak Wan buat benda yang sama pada dia? Suruh dia pandai-pandai cari
sokongan, rasanya apa yang orang akan cakap pada Kak Wan?
4) Yang lagi hairan bin ajaib, dia letak jawatan konon-konon
sudah hilang sokongan (yang belum lagi di uji di parlimen), lepas itu boleh
cadangkan diri sendiri jadi PM kali ke 3. Di manakah kewarasan tindakan
tersebut? Memang sangat-sangat tak masuk akal, mula-mula kata letak jawatan
sebab tak cukup sokongan tapi lepas itu calonkan diri jadi PM ke 3 ( siapa yang
hendak sokong dia kalau bukan dari geng pengkhianat?)
5) Analogi paling mudah ialah bila orang nak curi kereta kita,
dengan mudah dia bagi steering pada kawan tu, padahal kawan tu bukan ada pistol
ke apa, langsung tak melawan. Sebab utama dia bagi kereta sebab kereta itu
adalah kereta pinjam dan di hanya penjaga sahaja. Tapi sebab dia sudah berpakat
pada perompak, dia pun olok-olok bagi kereta tersebut. Malangnya dia tersadung
dalam permainan licik sendiri dan kena khianat dengan orang kepercayaan dia.
6) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sekarang dengan
masa kita baru tahu, yang bukan senang nak jatuhkan seseorang PM, kecualilah PM
tersebut yang jatuhkan diri dia sendiri; sudah tentu sebab hendak berkuasa
selamanya. Tepat sekali dengan hadis "Hati orang tua tetap muda pada
mencintai dua perkara, panjang umur dan cinta harta." [Hadits riwayat
Muslim]
7) Bila ingat dalam audio mesyuarat yang dia minta masa untuk
bagi UMNO suka pada dia, bezanya dia boleh terima UMNO yang bukan kluster
Mahkamah. Tapi Muhyidin dia tak peduli sebab dia tahu secara hirarki dia memang
tak ada peluang hendak jadi PM. Jadi berkhianat adalah salah satu cara Muhyidin
jadi PM dan dia berjaya menempah bendera al-ghadr. Malangnya Muhyidin hanya
pandai merancang untuk berkhinat tapi dia sendiri tak tahu buat kerja selain
dari berkhianat. Yang menanggung azab adalah rakyat yang tidak bersalah.
Jadi untuk
menjawap soalan tadi, Mahathir letak jawatan PM sebab "hendak di lihat
bermaruah" cumanya terbongkar bila dia sendiri calonkan diri jadi PM
kali-3. Itu tak termasuk bab dia calonkan diri sendiri nak jadi Supreme Leader
(kerajaan tanpa pembangkang).
WAllahualam.