MENGAPA KUTIPAN DERMA WANG JAMINAN SYED SADDIQ MELALUI AKAUN PERSATUAN PERNIAGAAN EKONOMI MERDEKA?

 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Malaysia 24jam. 715,573.77 9836 penyumbang Thank you. Thank you. Thank am forever indebted. will never stop unt Malaysia for all Mal muda Our HOME. PERSATUAN PERNIAGAAN EKONOMI MERDEKA (PPM0021003112017) 0126138741 Dana untuk bayaran sudah lebih mencukup 1/3 ngomerdeka@gmail.com אומי Dujjo MENGAPA KUTIPAN DERMA WANG JAMINAN SYED SADDIQ MELALUI AKAUN PERSATUAN PERNIAGAAN EKONOMI MERDEKA?‎"‎‎


Apa lagi jalan cerita Syed Saddiq.

Mungkin ada benarnya apabila TMJ melabelkan Syed Saddiq "Drama Queen".

Umur politik baharu setahun jagung sudah banyak berdrama, khatam bab mencilok dan menipu?

Ceritanya begini...

Selepas mengadakan sidang Live kelmarin, Syed Saddiq telah melancarkan tabung, memohon orang ramai menyumbang kepadanya untuk bayar wang jaminan berbaki RM250,000 dan kos guaman perbicaraan.

Dalam masa 24 jam, kononnya menurut Syed Saddiq, kutipan telah mencecah RM 715,573. Boleh baca di sini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4136762996402695&id=1130669147012110&sfnsn=mo

JIKA BENAR, Tahniah lah diucapkan. Masyukkkk!!

Semakan pada pautan BillPliz https://www.billplz.com/saddiqtetaplawan (pautan telah ditutup) mendapati bahawa sumbangan di dermakan ke akaun PERSATUAN PERNIAGAAN EKONOMI MERDEKA.

Persoalan:

1) Kenapa sumbangan wang jaminan Syed Saddiq masuk ke akaun NGO PERSATUAN PERNIAGAAN EKONOMI MERDEKA??

2) Adakah ahli persatuan ini membenarkan akaun persatuan mereka di gunakan untuk kutip derma Syed Saddiq?

3) Apa fungsi Persatuan atas nama 'Perniagaan' dan 'Ekonomi' digunakan untuk kutip derma membela OKT?

4) Adakah persatuan ini telah melanggar perlembagaan pertubuhan dengan membenar akaun di gunakan untuk tujuan mengutip derma untuk membela OKT?

5) Di harap pihak ROS dapat menyiasat jika ada unsur salah guna akaun persatuan.

6) Mohon juga ahli persatuan ini membuat "query" pada Bendahari PERSATUAN PERNIAGAAN EKONOMI MERDEKA mengapa akaun persatuan di gunakan untuk kutip derma bagi pihak Syed Saddiq?

Ini gaya pemimpin masa depan?

Diri sendiri yang tidak faham aturan dan undang-undang ROS, kemudian marah bila Muda tidak diluluskan pendaftaran nya. "Saya masuk politk untuk bersihkan politik?" konon, baik guna "Saya masuk politik untuk buat ikut suka hati saya"!

Untuk rekod, Dr Maszlee Malek Ahli Parlimen Simpang Renggam juga pernah mengunakan akaun persatuan ini untuk kutipan derma.