KHAIRUDDIN AYIP
(i)
Lama kami tidak berkunjung mencari titik temu. Lebih 180 hari
tiada suara sang cerdik membina negara. Aku, dia dan semua warga kecil hampir
melupaikan akan kewujudanmu, Menara. Dikau telah membina kebimbangan warga
penakut akan kehilangan kuasa dan jawatan.
(ii)
Hari ini, 26 Julai 2021, kami datang berkunjung. Monyet, tikus,
tupai dan anjing memenuhi tempat duduk. Kami meredah masuk tatkala kerinduan
membina keadilan mengapung diri. Salakan kosong terus bergema. Di manakah ruang
untuk kami bersuara?
(iii)
Kami disaji kopi pahit dengan suara satu arah. Suara kami
dipancung. Di sana terus menyalak
hebat
. Sekawan 18 pahlawan tersenyum bangga dan terus meratib:
“Dap-Dub-Dap. Hidup Melayu! Hidup Islam!”
(iv)
Menara menangis mengenangkan Sang Pendosa berterusan menggadai
maruah bangsa dan agama. Kami tahu dikau mahu melompat dari bekas berkaca. Usah
bermimpi Menara, demi kuasa semuanya akan digadai!