Untuk sebuah kerajaan negeri, dia bangga kononnya telah mengagihkan 100 ribu bakul makanan sejak Mac 2020 lalu.
Jangan lupa, kalau sejak Mac 2020, bermakna tempohnya ialah 17 bulan.
Jadi, cuba dia kira berapa dalam sebulan bakul makanan yang telah diagihkannya?
Bagi sebuah kerajaan negeri yang ada banyak balak, pelabur masuk pun dilaporkan banyak, hasil bumi bernilai triliion ringgit juga sudah ditemui, apakah Muhammad Sanusi Md Nor sudah boleh berbangga dengan jumlah bakul makanan yang diberinya setakat itu?