NORMAN RADZUAN
PKPD Selangor/WP... selepas sebulan baru sedar?
KILANG/PEMBINAAN TUTUP EKONOMI BUKA!
Selepas sebulan skg baru mahu lakukan PKPD utk Selangor dan KL.
Saya kurang setuju... sepatut PKPD (tutup sahaja kilang/pembinaan dan
penempatan mereka sahaja ). Inilah yg kita bisingkan selama hari ini. Kenapa
selepas sebulan baru sedar atau sengaja buat2 tidak faham?
Apa yg kerajaan PN lakukan sgt pelik dan dunia pasti terkejut.
Seperti dakwaan TS Noor Hisham 91 peratus kes di Selangor melibatkan kluster
kilang dan pembinaan. Maknanya jika 3,000 kes hanya sekitar 250 kes sahaja di
dlm komuniti masyarakat 6 juta penduduk. Ia sgt kecil sebenarnya.
Ibarat kita demam pergi ke klinik Dr berikan ubat gout. Dr itu
sgt pelik, tidak bertanggungjawab dan tidak jujur. Jika saya PM... saya arahkan
kilang2/pembinaan dan penempatan pekerja mereka yg 90% warga asing dikuarantin
dan PKPD dilakukan selama 14 hari. Dlm tempoh tersebut vaksinasi sepenuhnya kpd
warga asing ini.
Saya minta kerajaan benarkan rakyat Selangor dan WP membuka
ekonomi mereka dgn SOP. Gerakkan penguatkuasaan ke seluruh negeri utk pastikan
SOP dipatuhi sambil program vaksinasi dipercepatkan. Itu sudah memadai. Ingat
setiap hari dikhabarkan 2 kes bunuh diri berlaku... kita mesti hentikan segera.