KENAPA SAYA BERMASAALAH DENGAN MAHATHIR

 May be an image of 4 people and text that says "#MuhyiddinOut #ByeByePN FAKTA TERGEMPAR #1 PTRM PAMTTERNESARRAKYATMALATSA MALATSIA PARTI "Mahathir Halang Wan Azizah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Interim" Tan Sri Tommy Thomas BEKAS PEGUAM NEGARA Celaka Mahathir! Diktator Pemusnah Negara!"

May be an image of text that says "DONATE REPORT AWANI that order save Recovery administration with upwith National visit Register Finance (appointed JAWATANKUASA awarde abound OrM politically 'rightto exist' (such Have lead KEWANGAN recovery and return Found Dr M's Price At Last? an the chaos about how leader 11but name seriously pretending rages MD Mahathir could back onto national stage could that the initiate astonishingly Μ'ν doing zero eyes majority mafia himself. have saved as sees since However, rthe election. abject political bya nation p plunge National vote the cash man await that Mission believing reputation of National Recovery Councilt be headed by Mahathir"

MOHD MUKHLIS 


Hari tu ada orang tanya, apa masalah saya dengan Mahathir.

Ini saya nak jawab. Secara peribadi saya tak ada masalah dengan sesiapa pun dari segi politik. Baik Mahathir, Hadi Awang ataupun Maza. Politik bagi saya adalah alat untuk mentadbir dan membantu rakyat. Kalau polisi sesebuah negara itu bagus, rakyat akan beruntung. Tapi kalau polisi negara itu hancur macam di Malaysia, rakyat akan sengsara.

Acap kali saya bilang, saya tak minat politik. Keutamaan saya adalah kerjaya IT saya, lepas itu pada gaming. Kalau Malaysia ini di pimpin oleh pemimpin yang amanah dan kompetent, saya sendiri tak perlu nak tulis pun pasal politik, baik saya tumpukan pada hobi saya.

Tapi saya adalah manusia yang pegang pada janji. Saya jarang bagi jaminan peribadi, kalau saya jamin sesuatu lepas tu benda yang di jamin tak jadi, saya akan rasa bertanggungjawap untuk perbetulkan keadaan. Satu lagi, saya paling tak suka bila benda itu berkait dengan kehidupan saya. Macam contoh kalau ada orang nak bodek boss ke itu masalah dia, tapi bila bodekkan dia itu kena tempias pada saya, itulah masa bila garis tenang saya telah di ceroboh.

PRU14 lepas saya yakinkan ramai orang yang kalau undi PH pasti ada perubahan yang baik. Siap ada sorang rakan saya dia kata boleh percaya ker Mahathir? Saya dengan yakin kata insyallah dia pun nak jadi PM tak lama lepas itu akan serah pada Anwar Ibrahim. Rupanya dia ada dendam peribadi yang tak habis-habis sampai satu negara jadi huru-hara.

Tapi bila dia jadi PM, dia buat apa yang Muhyidin tengah buat sekarang. Dia lantik menteri geng2 kartel untuk lemahkan PKR, dia lantik geng hindraf Waytha hanya untuk bagi orang Melayu marah, padahal hindraf bukanya part of PH pun. Itu tak termasuk lantik Tipa Koya yang tak profesional dan paling sampah bila dia kata Manifesto bukan kitab suci. Bab nak letak SPRM di bawah parlimen tu tak payah ceritalah inikan nak cerita bab hapuskan akta drakonian macam akta hasutan dan SOSMA.

Tapi saya lawan. Saya lawan sebab benda itu salah. Saya bukan jenis pajak akal pada pimpinan. Banyak menteri PH yang waktu itu ( termasuk la dari parti saya Amanah) lena di buai mimpi tak berani lawan sebab takut hilang jawatan. Itu belum masuk part yang dia ajak MP UMNO masuk parti dia. Itu saya nak tanya pada yang berada di Pejuang sekarang ini, kalau menang PRU15 nanti, boleh tak import masuk MP Bersatu dan UMNO masuk parti Pejuang? kalau boleh buang ajelah slogan berprinsip tu.

Tu tak termasuk part letak jawatan tergesa-gesa tak berbicang dengan siapapun, buat macam harta peribadi hanya sebab tak mahu Anwar jadi PM seterusnya. Kalau betul-betul dia ikhlas, bukan itu caranya. Orang kalau ikhlas nak bagi kuih, dia bagi pakai tangan, bukan lempar campak kuih suruh kutip atas lantai.

Itu yang saya duk geram bila ada sahabat duk up ayat ATGNA hati-hati dengan UMNO, ATGNA kata Najib dan Zahid ini memang perosak. So bila time Anwar nak dapat kuasa, nak jatuhkan PN, dia kena berhati-hati dengan UMNO. Tapi bila tang orang tua saja biar kes heli H20, tutup kes nuar muso, tak ada pula hati-hati dengan UMNO? Jangan lupa ada lagi dua doa Tok Guru yang mustajab.

Satu dari dari ATFN yang doa mahathir panjang umur dan lihat kerosakan yang dilakukannya dan satu lagi doa ATGNA tentang siapa yang khianat Anwar akan dapat balasan "tiba-tiba orang tak nak beri dia jadi Perdana Menteri, macam-macam ikhtiar, macam-macam sekatan di buat, Allah Taala akan JAHANAMKAN ORANG JAHAT, Insyallah"

Saya tak mahu ceritalah, tapi setakat ini Mopti yang tajassus Anwar rakus sudah dapat balasan sampai hilang tsiqah.

Ramai yang tanya apa deal Anwar dengan Zahid; saya kata honestly saya tak tahu tapi kalau dia hendak jatuhkan kerajaan PN ini memang wajib kena sokong. Soal selepas PN jatuh, UMNO naik atau Mail Sabri naik itu kita serah pada parlimen. But mark my word, kalau UMNO jadi PM pun tetap akan ada krisis kepimpinan sebab Mail sendiri adalah pemimpin yang lemah dari segi rekod pencapaian dia dan tidak Qawwi dan Amin.

Scenario terburuk, UMNO naik PM sampai PRU15; kes Mahkamah pemimpin UMNO hilang dan geng-geng bersatu pula yang jadi kluster Mahkamah. Syok juga kalau benda ini jadi, nak tengok macam mana Najib dan Zahid akan bongkar kes Arch-nemesis mereka.

Tapi bila benda ini jadi, PH pasti akan ada peluang yang cerah untuk menang PRU15 sebab kerajaan yang ada adalah campuran BN + PN. Mereka tak boleh kata kegagalan ini adalah gagal PN sahaja, padahal menteri kesihatan UMNO, TPM UMNO, Pengajian Tinggi UMNO, Sains UMNO.

Syok juga kalau apa yang Sarawak Report tulis terjadi. Biasalah kalau tak ada angin masakkan pokok bergoyang. Sebab itu dia sibuk nak buat Mageran lah, National councilah, rupanya masih ada hati lagi hendak berkuasa.

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Saya berdoa semua benda ini jadi dengan kadar yang segera. Senang kerja kami nanti bila PRU15.

Tu yang sampai sanggup berkerjasama dengan PN siap nak bawa Warisan lagi, oh kalau mereka kerjasama dengan pengkhianat kira "berprinsip" tapi kalau Anwar belum apa-apa sudah di tuduh berkhianat?

Benda yang kalau up dalam Sarawak Report ini biasanya 99.9% betul, kalau tak takde la Ayoh Chik tarik saman di Mahkamah Tinggi London pasal makan duit UMNO kan siap bayar Claire Rewcastle 1.4 juta ringgit.

WAllahulam.