SAMDOL NI GELABAH
MOHD MUKHLIS
Kelakar pula tengok pengkhianat ketakutan sampai minta jaminan
dari Anwar lagi; kata Muhyidin ada sokongan jadi hendak takut apa? Lepas
setahun bermain dengan nyawa dan ekonomi rakyat, tiba-tiba yang angkuh kini
kembali jadi tikus? Ini tara level think-tank pun boleh sembang macam budak tak
habis sekolah. Kalau dah tahu tak ada majoriti, perlembagaan negara ada sebut
kena letak jawatan. Yang tunggang darurat untuk kepentingan peribadi itu hang,
bukan Anwar.
Memang perancangan awal Muhyidin hendak lambat sidang parlimen,
dengan harapan kalau majoriti sudah di vaksin, mereka boleh bubar parlimen.
Tapi kalau siapa perasan, mass vaccine ini hanya jadi bila dapat derma vaksin
dari negara luar, time tu laju, lepas itu slow balik. Habis tu mana duit vaksin
8 billion yang di kutip dari budget dan KWAN tempoh hari?
Lagi satu, kenapa saya cakap mereka hendak bubar parlimen adalah
sebab mereka sibuk nak mass vaccinekan Sarawak kerana DUN Sarawak sudah
terbubar dengan sendirinya. Kerajaan Sarawak sekarang ini adalah care-taker
sahaja dan bukan kerajaan yang sah. Tapi rancangan pengkhianat ini Allah tak
redha.
Sebenarnya mereka rancang untuk PRU15 lepas PRN sabah, masa itu
rating dia memang tinggi. Dia lupa dia orang yang di zalimi sebab ambil kuasa
dengan cara istidraj. Lepas PRN, double standard dalam kuarantin terus kes naik
sampai sekarang.
Adakah anda tahu, USA dulu bukan main teruk kes covid-19 zaman
Trump sampai jadi jaguh banyak yang mati, sekarang ini sudah kembali pada
normal? Saya baru saja hubungi Mentor saya di Bay Area, California semalam (
Bukan kawan Nuar Muso ye). Dia kata di sana ramai orang tidak pakai topeng muka
kecuali mereka yang belum lagi di vaksin. Kenapa mereka boleh kembali pada
normal? Sebab mereka tukar Presiden yang lebih competent.
Bila parlimen di buka nanti, kedudukan kerusi perlu di tentukan
ikut block sokongan. Nanti kita boleh lihat sama ada sembang UMNO ini betul
atau borak-borak kosong. Sebab dalam UMNO itu sendiri ada banyak kem. Semua sibuk
nak jaga tembolok sendiri, tapi masing-masing tak mahu mengaku yang mereka
sebahagian dari kabinet PN.
Paling kuat sembang si Najib dah penyokong dia macam si bukit
tunggal. Sembang macam Najib bukan sebahagian dari PN, padahal masa lulus
budget tahun lepas (satu-satunya masa nak tolak Muhyidin), mereka dok bangga
budget lulus, tapi sekarang acah-acah jadi mangsa.
Itu belum masuk Mamat Frech celup yang tukar sokongan bila dapat
keistimewaan pergi bercuti luar negara; Fuh pelik betul SSST tak komen apa-apa
bab ini, mungkin Islam tak terancam.
Sebab itu kita menang satu lagi award, dapat tercorot dalam
indeks kemampuan untuk kembali normal lepas Covid-19.
Dalam bersatu sendiri pun berebut kuasa, Jemin dengan Mezah pun
tak habis nak power tussle; tu yang tiba2 si mezah nak tunjuk power suh buat
SRJ besar-besaran.
PN ini adalah kerajaan terburuk dan terhina yang Malaysia pernah
dapat. Tak pernah lagi ada kerajaan macam ini. Dari kleptokrat Najib ke
autocratic Atok, kini pula Mahiadin kakistocracy. Dan Muhiyidin ini terlalu
jauh dari realiti sampai hidup dalam kepompong sendiri. Sebab itu dia syok
sendiri bagi perutusan dalam TV, tak pernah sekali jawap soalan media asing dan
di rasa dengan bubar parlimen dia akan menang lagi? Maybe dia ingat rating dia macam
Oktober tahun lepas?
I am sorry to be the bearer of the bad news, kalau dia rasa dia
bubar parlimen dan akan menang, memanglah dia ini dalam euphoria dan delusion.
Nak tengok indikator kerajaan itu teruk atau tidak, kita lihat pada sektor
hiburan. Artis ni, mereka jarang ambil port pasal politik. Hangpa nak berebut
kuasa ke, apa ke biasa mereka ini dalam buble mereka. Tapi bila mereka ini pun
dah terkesan; hang ingat mereka akan undi hangpa nanti? Itu belum masuk bab
followers mereka yang sudah tentu akan terkesan juga.
Saya sebenarnya sabar menunggu pengakhiran
pengkhianat-pengkhianat ini. Sebab sejarah mengajar kita belajar dari kisah
silam, siapa ingat pengkhianatan Berahim Katak lepas menang dengan kerusi
Pakatan Rakyat dulu; lepas itu dia khianat dengan ATGNA. Sekarang ini berapa
orang kenal siapa dia berahim katak tu siapa?
Balasan Allah itu pasti, cuma cepat atau lambat sahaja.
Tapi ironis, tahu tak Mutfi Serba Tahu sibuk apa?
Tahun lepas bab kematian kat seberang laut hindi pun dia cakna,
hanya nak join bandwagon. Kini statistik yang bunuh diri 2 orang sehari, di
bawah kerajaan yang dia jamin, dia sibuk bab hubungan kelamin dengan isteri
masa haid.
Agaknya orang yang kalau depress, anak tak cukup makan, bancuh
susu pakai susu pekat manis, ada masa mereka ke nak pikir pasal seks? Jenis
yang terputus dari realiti. Pathetic. Whateverlah, tak dapat tuntut di dunia,
di akhirat kami semua akan tuntut jaminan kamu sebagai penjamin dan enabler
kerajaan al-ghadr.