MOHD MUKHLIS
Kenapa bila Muhiyidin menderhaka kepada YDPA adalah satu perkara
yang bagus?
Prof Agus juga bersetuju yang tindakan Kerajaan PN ini adalah
satu penderhakaan. Excerpt di bawah
"Satu yang jelas ialah kerajaan telah melakukan pembohongan
besar dan mengetepikan prinsip perlembagaan serta tidak menghormati institusi
diraja. Ini boleh dikira sebagai penderhakaan terhadap Agong, terhadap
perlembagaan, memberi salah nyata palsu kepada DR, mengelirukan DR, dan
membohongi rakyat Malaysia keseluruhannya."
Sebenarnya saya ada tulis dalam bulan Jun dan Julai yang kita
sudah ada duluan dalam kes Nizar Lawan Zambry, yang mana Mahkamah Persekutuan
bersetuju seorang PM/MB boleh di buang dari jawatan hanya dengan lantikan
baharu dari Raja / Sultan walaupun di buat di luar dewan.
Tapi jika YDPA lantik PM baru sebelum polemik ini berlaku pasti
akan ada krisis perlembagaan.
Empat kali titah YDPA di bakul sampah oleh PM dan Kabinet PN.
Pertama bila YDPA titah yang parlimen boleh bersidang semasa
mula-mula darurat tapi mereka buat pekak.
Kedua bila YDPA suruh tamat darurat dan buat sidang parlimen
dengan kadar segera, mereka derhaka kata YDPA tak sebut tarikh.
Ketiga bila YDPA suruh bahas semua ordinan yang lulus semasa
darurat, mereka menipu backdated kata tarik balik tanpa kelulusan parlimen dan
perkenan YDPA .
Kini mereka derhaka lagi bila kata YDPA kena dengar cakap mereka
dan hanya jadi rubber stamp sahaja.
Bagi saya bila Muhyidin berkali-kali derhaka dan push his luck
too much, Istana pasti akan retaliate.
It will not be pretty for Muhyidin dan gerombolan pengkhianat.
Paling lama pun mereka boleh bertahan sampai budget 2022; kalau lepas 2022
masih jadi PM, Malaysia akan menuju kehancuran.
Doakan yang Istana tergerak hati untuk melantik PM baharu yang
dapat majoriti kepercayaan ahli parlimen.
Dan ingat tuan-tuan, kalau jatuh mereka ini seksyen 124B kanun
kesiksaan bakal mennanti, "Aktiviti yang menjejaskan demokrasi
berparlimen."
Seksyen 124B menyatakan, sesiapa yang menjalankan, dengan
apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, sebarang “aktiviti yang
menjejaskan demokrasi berparlimen” boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika
sabit kesalahan.
Itu belum masuk lagi bab scheme of things dan banyak lagi
kes-kes yang di sapu bawah karpet macam Menteri At-Takurantini terlepas, Semua
ini pasti akan di semak semula jika kerajaan al-ghadr jatuh.
WAllahualam