Mengapa Anwar bukan Muhyiddin ???
Pemilihan PM Malaysia yang tepat sangat penting untuk membentuk sebuah negara hebat dan maju. Sejarah membuktikan kejayaan sesebuah negara adalah terletak kepada pemikiran dan keputusan pemimpin nombor satu sesebuah negara.
Kenapa tiba-tiba Indonesia mengatasi Malaysia terutama dari segi
pelaburan selepas puluhan tahun jauh tertinggal? Selepas reformasi berlaku
kejatuhan rejim Suharto akhirnya mereka menerima Ketua Kerajaan yg sgt bijak
iaitu Pak Jokowi.
Pak Jokowi telah saya tulis mengenainya ketika beliau masih
menjadi Gabenor DKI Jakarta lagi. Angin kehebatan Jokowi telah sampai ke
Borneo. Lalu saya google mengenali siapa Jokowi? Jokowi berkata Jakarta
bandaraya yang sakit dan perlu diubati dan dilakukan perubahan.
Filipina di era 70an adalah antara kuasa ekonomi Asia. Malah
negara itu meninggalkan Malaysia dan Korea jauh di belakang. Namun kehebatan
Filipina roboh angkara ketua kerajaannya yang korup hingga hilang berpuluh
billion wang negara hingga berjuta juta rakyat Filipina terpaksa mencari rezeki
ke seluruh dunia.
Kenapa Anwar dan bukannya Muhyiddin? Di akhir artikel saya akn berikan dalil2nya tanpa prejudis. Ia hanya berdasarkan kewibawaan kedua pemimpin itu. Sebelum itu mari kita belajar sejarah kejayaan dan kejatuhan sebuah kerajaan yang hebat Sewaktu bersama Al Arqam seketika, Allahyarham Ustaz Ashaari sering menyebut kejayaan Constantinople. Saya masa tu tak pasti bandar atau negara apa itu. Rupanya bandaraya itu adalah nama Istanbul di era moden. Ia adalah kejayaan Kerajaan terhebat dunia Islam iaitu Kerajaan Uthmaniyah.
Selepas ratusan tahun kehebatan Islamnya musnah dari bibir umat Islam. Nama Kamal Artattuk menjadi individu yg dipersalahkan. Kamal Artattuk memang terkenal seorang yg licik dan jahat. Persoalannya adakah benar kejatuhan Uthmaniyah berpunca tunggal dari usaha Kamal Artattuk? Bagi saya kejatuhan Uthamaniyah tak ubah seperti kejatuhan kerajaan Melaka atau seperti kerajaan2 hebat yang lain. Karya Ibn Khaldun berkata, tiap2 tamadun yang hebat akan mencipta zaman kesenangan dan kesenangan akan mengundang jiwa yg lemah. Lama kelamaan kerana tidak tercabar Uthmaniyah sebagai kuasa utama, rakyatnya mula memandang remeh soal berkaitan amanah,keadilan, kesejahteraan rakyat dan keadilan kepelbagaian beragama.
Pada masa empayar Uthmaniyah telah mencapai puncak kemakmuran
segala sistem kerajaan dan kemasyarakatan diuruskan dgn baik malahan berjaya
menyelesaikan masalah kemajmukan masyarakat dgn sistem autonomi sendiri yakni
sistem Millet.
Penyelewengan yg berleluasa mencipta laluan kpd pelbagai
konflik. Uthmaniyah akhir abad ke 19 gagal dlm memastikan hak2 setiap kaum di
dlm jajahannya tertunai. Untuk menjelaskan perkara ini, kita mesti faham bahawa
polisi kerakyatan utama Uthmaniyah adalah berdasarkan agama/budaya, jarang
sekali kaum menjadi tanda ukur kerakyatan mereka.
Selama ini keamanan dpt diimbangi dgn tolak ansur antara kaum
atas dasar Ummah. Penularan fahaman kebangsaan merosakkan susun atur
kemasyarakatan Uthmaniyah dan menyebarkan permusuhan antara rakyat.
Sebab itu saya katakan provokasi sentimen perkauman yg dimainkan
oleh org politik telah menjejaskan politik sekaligus ekonomi negara. Jadi skg
faham kenapa Uthamaniah rebah dan kenapa rakyat Malaysia resah.
Ia bukan hanya dari tangan seorang bernama Kamal Artattuk tetapi
individu licik ini mengambil kesempatan daripada kelalaian pemimpin Uthamaniah
ketika itu. Ia berlaku di negara kita apabila isu perkauman dimainkan sebagai
persepsi jahat demi keuntungan politik.
Bagaimana Turki kembali hebat ? Dlm suasana umat Islam yang semakin menyedihkan muncul seorang lelaki yg licik tetapi baik bernama Erdogan. Erdogan memberi satu model kepimpinan alternatif yg menyegarkan. Walaupun pernah terlibat dlm parti Islam namun parti AKP pimpinan beliau bukanlah sangat membawa idealogi negara Islam yg menjadi perdebatan di Timur Tengah.
Fokus pentadbiran beliau adalah membangunkan ekonomi dahulu
kemudian barulah menunjukkan pengaruh beliau di peringkat antarabangsa. Beliau
juga dikritik kerana menghormati Mustafa Kemal Attarturk yg dianggap
menghancurkan Uthmaniyyah. Beliau tahu isu ini sangat sensitif bagi orang
Turki.
Penyelesaiannya beliau memperkenalkan semula Sultan Muhammad Al
Fateh sebagai tokoh yg perlu diikuti baik org Turki dan juga umat Islam seluruh
dunia. Apabila keadilan ditegakkan, keadilan perkauman ditegakkan dan keyakinan
rakyat kpdnya semakin kukuh barulah Erdogan muncul sebagai dirinya yg
sebenarnya. Sebab itu apabila tentera cuba merampas kuasa darinya jutaan rakyat
turun ke jalan raya utk menyelamatkan Erdogan.
Kini beliau dikagumi sebagai penyelamat dunia Islam. Beliau digeruni oleh Barat. Moralnya kejayaan sesebuah negara ditentukan oleh pemimpin yang hebat
. Good leaders dont tell you what to do... they show how its
done.
Saya pernah duduk di dlm dewan mesyuarat bersama para editor
Melayu dgn Muhyiddin Yassin. Ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Belia
dan Sukan. Saya lihat beliau tiada karektor sebagai pemimpin....tone voice dia
mendatar, tidak menarik. Malah sepanjang saya melihatnya sebagai pemimpin
beliau tidak mempunyai idea tersendiri apatah lagi boombastic seperti Mahathir
atau Anwar Ibrahim.
Mahathir dan Anwar boleh memberikan idea yg spontan jika
diajukan soalan. Mahathir dan Anwar dihormati dan digeruni oleh pemimpin2 dunia
luar. Sebab itu 1991-1998 Malaysia menjadi harimau Asia bila dua pemimpin ini
bergabung.
Anwar sgt popular di dunia Arab, barat malah hingga ke Amerika.
Malah media2 barat sering menemuramah walaupun beliau ketika itu hanya bergelar
bekas banduan atau hanya sebagai ahli Parlimen biasa. Anwar bukan sehaja
mempunyai aura kepimpinan tetapi dia adalah pemimpin yg genius dan mempunyai
idea2 yg luar biasa.
Sebab itulah Anwar sering dipanggil Erdogan utk memberi pandangan tentang ekonomi Turki. Jika negara maju seperti Turki dan pemimpin hebat seperti Erdogan memerlukan idea Anwar Ibrahim... negara kita menolak Anwar Ibrahim kenapa?
Muhyiddin sedar beliau tidak mempunyai idea. Beliau mengharap
org sekelilingnya sahaja. Sebab itu beliau hanya berani muncul sebagai 'PM Perutusan'
kerana beliau memerlukan penasihat utk menulis teks perutusan beliau.
Muhyiddin bagi saya beliau hanya licik mengambil kesempatan ke
atas Anwar Ibrahim utk merasai kerusi PM sdgkan beliau sendiri tahu faktor
kemampuan dan kesihatan beliau membataskan utk negara ini dipacu ekonominya dgn
baik. Akhirnya pelabur lari ke negara jiran sebagai signal hilang kepercayan
kpd kerajaan Muhyiddin. Yg menjadi mangsa puluhan ribu rakyat hilang pekerjaan.
Kita sgt sedih Muhyiddin sanggup menggunakan wang rakyat dgn
memberi pelbagai jawatan utk dirinya kekal berkuasa sdgkan beliau tahu tidak
berkemampuan. Hanya kerana seronok dgn jawatan beliau memperjudikan nasib
rakyat. Apalah malangnya kita rakyat Malaysia.