KEH..KEH..KEH....MELALAK DALAM YOU TUBE TAPI PIMPINAN PELAHAP TAHAP GABAN DAN UMNO AKAN HANCUR

 

BUAT DS KAMAL AMIR KAMAL HIJAZ, LOCKMAN ADAM DAN AHLI-AHLI  UMNO TERIMALAH KENYATAAN YANG UMNO TIDAK AKAN PERNAH SUNYI DARI PEMIMPIN-PEMIMPIN  DAN MP-MP  YANG PELAHAP DAN AKAN KHIANATI PARTI DEMI JAWATAN, KEDUDUKAN, HARTA, DUIT DAN BUR*T. BERHENTILAH DOK MENGEJI DSAI, PH DAN PKR. SEKURANG-KURANG NYA PKR BERANI MENYINGKIRKAN MP-MP  YANG KHIANAT. UMNO BERANI??

******************

ZUS DIN 


SANGGUP DIPERGUNA MAHIADDIN, KLUSTER MENTERI SUDAH JADI MUSUH PARTI SENDIRI

Semalam terdedah satu lagi rakaman audio mesyuarat MT UMNO yang diadakan pada 7 Julai lalu, dengan kali ini melibatkan suara Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam audio itu, beliau antaranya bercakap mengenai perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, tentang masa yang sesuai untuk UMNO keluar daripada kerajaan dan kedudukan kerajaan PN yang menurutnya tidak akan jatuh kiranya UMNO menarik diri pada waktu ini.

Selain membangkitkan tentang darurat yang masih berkuatkuasa sebagai hujah kerajaan tidak jatuh, beliau juga menyebut berkenaan CSA atau perjanjian kepercayaan dan belanjawan yang didakwanya berlaku antara Mahiaddin Md Yasin dengan PH sekiranya UMNO mengambil tindakan menarik diri.

Kata beliau, dengan adanya perjanjian itu, meskipun setelah UMNO menarik diri, kedudukan kerajaan PN dan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri tidak mungkin jatuh berikutan sokongan gantian telah diperolehi daripada PH.

Dalam audio seorang lagi ahli MT, Tajuddin Abdul Rahman yang viral sebelum ini, beliau juga menggunakan hujah yang sama sebagai sandaran ketidakperluan untuk UMNO menarik diri daripada kerajaan pada waktu sekarang.

Katanya, dengan sokongan baru daripada DAP kepada Mahiaddin di dalam Parlimen melalui CSA, penarikan sokongan oleh UMNO tidak memberi kesan apa-apa kepada kerajaan PN.

Berdasarkan dua audio yang terdedah setakat ini, tidak mustahil lebih ramai sebenarnya ahli MT yang menggunakan hujah CSA sebagai alasan dan kebimbangan UMNO tidak perlu menarik diri daripada kerajaan.

Soalnya, benarkah ada CSA antara kerajaan PN dengan PH?

Sebelum penafian Saifuddin Nasution Ismail semalam, sebetulnya telah beberapa kali pemimpin PH mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa mereka sama sekali tidak akan bekerjasama dengan Mahiaddin, walau dalam ada keadaan sekali pun.

Blok pembangkang lain seperti Pejuang dan Warisan juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama.

Jadi, kenapa pemimpin UMNO, termasuk yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri, masih suka menggunakan hujah CSA itu?

Adakah mereka tiada pengetahuan mengenainya dan tidak mengikuti perkembangan semasa, walaupun dengan kedudukan sebagai anggota kabinet dan pemimpin parti di hireaki tertinggi, mereka sepatutnya sentiasa ke depan dengan maklumat di hujung jari?

CSA sebenarnya hanyalah helah semata-mata kerana alasan dan faktor sebenar ialah keinginan untuk pemimpin UMNO terbabit terus kekal menikmati habuan dan kedudukan, termasuk dengan jawatan baru sebagai orang nombor dua dalam kerajaan.

Nikmat jawatan itu terlalu sukar untuk mereka lepaskan, tambahan lagi setelah memperolehinya walau dalam keadaan UMNO tidak menang pilihanraya dan beberapa pemimpinnya sendiri sedang menuju ke penjara.

Dalam keadaan ini, mereka merasakan inilah peluang merembat habuan, sambil menyimpan impian kalau-kalau ada peluang menjadi pemimpin masa depan bagi menggantikan kepimpinan sedia.

Realitinya, dengan terus berada di dalam kerajaan yang paling dibenci rakyat ini, meski nikmat diperolehi, pemimpin UMNO yang takut kehilangan jawatan serta kedudukan itu secara automatik sudah masuk dalam perangkap “scheme of things” yang menjadi amalan Mahiaddin untuk mengekalkan jawatannya.

Lantaran keseronokan dengan habuan dan jawatan itu, mereka kini sudah tidak kisah menjadi musuh kepada parti sendiri.

Dan setiap kali Mahiaddin terasa kedudukannya terancam, ada saja “scheme of things” baru ditawarkan.

Sebab itu, di sebalik UMNO sudah menetapkan penarikan sokongan secara serta-merta terhadap Mahiaddin, kluster menteri dalam parti itu tiada perasaan malu sama sekali mempertahankan lagi Presiden Bersatu itu untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Perlakuan mereka itu bukan saja menimbulkan kehairanan kepada rakyat, malah barangkali isteri dan anak-anak di rumah yang sudah dewasa pun turut sama terasa peliknya.

Entahlah Labu, langsung tak berjenis mereka ini, ayam dan itik pun tahu memilih mana makanan yang perlu.

Keadaan ini sekaligus menjadikan tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Mahiaddin hanya sia-sia dan tidak bermakna kerana umpan “scheme of things” lebih mudah untuk mengena sasaran berhanding jerit pekik tentang perjuangan.

Berkaitan CSA, PH dan blok pembangkang lain yang telah dikhianati oleh Mahiadin melalui Langkah Sheraton, ikut logik apa sekali pun, mustahil sanggup bekerjasama dengan PN untuk mengekalkan kerajaan sedia ada ini.

Jika itu yang sanggup PH lakukan, bermakna mereka juga tiada bezanya dalam konteks khianat kepada pengundi dan rakyat seluruhnya.

Akhirnya, tindakan itu akan membangkitkan kebencian rakyat dan memungkinkan tidak lagi menjadi pilihan pengundi bila pilihanraya diadakan.

Apakah itu yang mahu PH terima dengan percuma dalam perjuangan mereka?


 (ShahbudinHusin 17/07/2021)