TADI aku RAMAL dlm seminggu lagi akan jadi 15,000 kes sehari.
Tapi Pakar Virology kata skrg mungkin jauh lebih tinggi dari yg dilaporkan.
Mungkin sudah 30,000 kes sehari.
Tak pastilah sehingga ke tahap mana #KERAjaanPNGagal
ini mahu mempertahankan kuasa dgn NYAWA Rakyat jadi taruhan?? Tiada sedikit pun
"empathy" dan kesedaran bahawa dgn keberadaan mereka di situ akan
lebih byk menyusahkan Rakyat dan menyebabkan nyawa melayang.
Kita pun tak tahu samada yg patut memanggil Abah Kau membuktikan
dia masih ada Majoriti perlukah melakukan perkara tersebut? Ia masih jadi
keresahan dan tandatanya bagi Rakyat.
Atau adakah sidang Parlimen ini adalah medannya utk menolak
PD2021 sebagai menzahirkan hilangnya sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat kpd Abah
Kau dan #PNCirit?? Sbb
TAK MUNGKIN VoC mahupun VoNC akan berlaku selagi mana wujud Speaker Tong Pecah
dan Menteri Lebai #PNderhakaKakiTaichi
Sama-samalah kita tunggu.
Wallahualam.
- Zus Din
09 Julai 2021
******************************
Kes positif Covid-19 boleh mencecah hingga 30,000 orang - Pakar
Virologi
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Peningkatan kes harian Covid-19 dan jumlah
kematian ketika ini menggambarkan situasi sebenar pandemik itu di negara ini.
Pakar Virologi Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar
berkata, jumlah individu positif Covid-19 mungkin lebih tinggi daripada yang
dilaporkan dan mungkin boleh mencecah sehingga 30,000 orang.
"Sebenarnya, jumlah jangkitan dalam komuniti adalah lebih
tinggi iaitu purata antara tiga hingga empat kali ganda daripada kadar kes
semasa ketika ini.
"Maknanya, kes positif masih banyak di luar sana yang tidak
dilaporkan, sama ada daripada mereka yang tiada gejala atau tidak pergi buat
ujian," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilaksanakan juga tidak berkesan mengawal penularan dan menurunkan kes kerana
masih berlakunya pergerakan.
"PKP yang dilakukan agak longgar kerana membenarkan
pergerakan contohnya ke tempat kerja. Virus ini akan menular selagi manusia
bergerak.
"Penularan jangkitan adalah mengikut jaringan sosial iaitu
seorang individu dijangkiti ke tempat kerja dan pulang ke rumah bersama ahli
keluarga. Ahli keluarga pula ke tempat kerja masing-masing dan menjangkiti
rakan sekerja," katanya.
Justeru, katanya, majikan perlu bertanggungjawab menyediakan
prasarana selamat di tempat kerja antaranya sistem pengudaraan yang baik,
penjarakan fizikal dan mewajibkan saringan kepada kakitangan.
Selain itu, Dr Sazaly berkata, adalah lebih baik jika ujian
saringan menggunakan RTK Antigen (RTK-Ag) dilakukan secara menyeluruh melalui
pembabitan klinik swasta dan farmasi seluruh negara.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini hanya
melaksanakan saringan bersasar iaitu menumpukan kepada kawasan berlaku
jangkitan dan kontak rapat kes positif.
Beliau berkata, langkah mendemokrasikan pengesanan itu akan
membantu mengesan lebih ramai individu yang dijangkiti Covid-19 dan mengawal
penularan jangkitan dalam komuniti.
Menurutnya, pemberian vaksin juga perlu dipercepatkan kepada
semua rakyat di negara ini terutama golongan berusia 50 tahun ke atas.
Semalam, kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 kembali
menunjukkan trend peningkatan apabila merekodkan 1.09 berbanding 1.07 pada hari
sebelumnya.
https://www.hmetro.com.my/.../kes-positif-covid-19-boleh...