SEMBANG BERSAMA HANIPA MAIDEN
Lebih kecaman daripada sokongan jauh sekali pujian.
Itu
nasib dialami Nik Mohamad Abduh Nik Aziz apabila hantarannya di Facebook malam
ini mendapat ‘sambutan hangat’ warganet.
Walaupun
begitu, dilihat lebih banyak kecaman apabila Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat
itu memulakan dengan ayat tanya berkaitan pegangan agama.
“Jika ditanya, ‘Apa kelebihan
dirimu?’
“Jawablah,
‘Dalam lebih 4,000 agama di dunia ini, saya dilahirkan dalam agama Islam.
“Tiada
lagi kelebihan selepas itu selain mensyukurinya,” kata adik kepada pemimpin
AMANAH Kelantan, Nik Omar Nik Aziz yang sebelum ini merupakan calon Pakatan
Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya
Umum Ke 14 (PRU-14) lalu.
Susulan
itu, warganet yang umum dikenali sebagai kreatif dalam menggunakan kata-kata
pedas bernada sindiran dilihat telah ‘berjemaah’ membanjiri ruangan komentar
pada status Facebook tersebut.
“Kelebihan lowbuy (lebai)?
Ada Mercedes. Boleh nikah online, cerai melalui WhatsApp dan
lain-lain,” perli Nordin Salim.
Tindakan Pas bersekongkol dalam
pembentukan kerajaan ‘tebuk atap’ Perikatan Nasional (PN) pada tahun lalu juga
dilihat sebagai ‘kelebihan’ parti itu.
“Kelebihan
dalam menumbangkan kerjaan yang dilantik rakyat,” tempelak Muhd Faiz.
Pengakuan
Nik Abduh sebelum ini pula yang “boleh bercakap” dengan pihak Agensi Perisikan
Pusat (CIA) Amerika Syarikat juga dicuit netizen.
“Kelebihan
diriku? Aku ada kawan agen CIA,” sindir Ahmad Shahir antara lebih 500 komentar
di Facebook Nik Abduh selepas empat jam hantaran itu dimuatnaik.
Dulu dulu depa rajin baca ayat
112 surah Hud bila seru ahli-ahli bawah depa untuk laung
“Istiqamah bersama Islam”
Maka
dalam usrah, tamrin dan lain-lain, para ostad depa akan habaq, “Adik kakok,
kita kena istiqamah dalam perjuange Isle yang
dibawa oleh parti kita ni sebab kita adalah parti Isle adik kakok!”
Lalu
beredarlah tin milo!
Maka digendangkanlah gendang
Fastaqim 1.0, 2.0 dan seterusnya…
Sekali
lagi tin milo beredar.
Lepas
tu dilaungkan “Presiden kita difitnah di London adik kakok, kita kena istiqamah
membela Presiden kita! Perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad…”
Tin
milo terus beredar menjalankan tugas!
Tidak
lama selepas tu, muncul laungan baru, “Presiden kita dah menang kes di London…”
Tapi yang peliknya walau depa kata
dah menang, Presiden depa pula yang pi tarik
balik saman dan kes tidak dibicarakan dan Presiden depa pula yang kena
pula bayar kos kat Sarawak Report. Ni menang lagu mana?
Saya yang Tok
Loya pun tak faham.
Biasanya,
orang menang dapat duit, yang ni 360 darjah berubah. Yang dikatakan menang pula
yang kena pi
keluaq duit.
Sekali
lagi, tin milo istiqamah beredar dan diedar!
Lepas
tu depa pi
sokong dan bersama “Langkah Syairaton” pula, pi sokong, dukung dan
boleh bersama gomen tebuk atap yang KHIANAT mandat
rakyat walaupun atas kepala depa istiqamah berkopiah!
Pemimpin depa ada
yang jadi menteri, timbalan menteri, duta khas dan lain-lain.
Tin
milo berehat sebentar…
“RUU
355 bukan lagi aulawiyyat (keutamaan), judi nombor ekor dari 8 pi ke
22, sonyap sunyi
suara menteri dalam Kabinet. Tak ada nak ugut, “kami nak keluaq dari gomen!”
Kini,
apabila dah mula nampak gomen tebuk atap
retak seribu, depa mula pi gendang “ISTIQAMAH
menyokong PM”. Pulak doh…
Tak
pasti lepas ni tin milo akan berkerja semula atau tidak.
Depa ni ISTIQAMAH lah mengedit
penggunaan istilah ISTIQAMAH. Caya lah !