COVID-19: Tiga Ahli Parlimen positif, empat lagi disahkan kontak rapat
Ujian yang dijalankan
pada hari yang sama turut mendapati 35 petugas Parlimen positif COVID-19 dan
kini sedang menjalani kuarantin. - Gambar fail
KUALA
LUMPUR: Tiga Ahli Parlimen didapati
gagal dalam ujian saringan COVID-19 yang dijalankan pada Jumaat.
Sumber
memberitahu Astro Awani, empat orang lagi Ahli Parlimen disahkan
kontak rapat.
Ketujuh-tujuh
Ahli Parlimen itu kini dilaporkan sedang menjalani kuarantin wajib.
Selain itu, ujian yang dijalankan pada hari
yang sama turut mendapati 35 petugas Parlimen positif COVID-19 dan kini sedang
menjalani kuarantin.
Astro Awani kini sedang dalam usaha mendapatkan identiti ketujuh-tujuh
Ahli Parlimen berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan Speaker Dewan
Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebagai berkata, majoriti Ahli-ahli Parlimen
sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin covid-19.
Manakala empat lagi Ahli Parlimen masih belum
divaksinasi atas sebab-sebab tertentu.
Namun, kata Azhar, kesemua mereka dibenarkan
hadir menyertai mesyuarat khas itu kerana Ahli-ahli Parlimen berkenaan masih
perlu melaksanakan tugas mengikut Perlembagaan Persekutuan.