GENG KOMENG AKHIRNYA TUMPAS!


May be an image of 5 people and indoor


NORMAN RADZUAN


Siapa yg tidak kenal dgn Geng Komeng? Kumpulan Kongsi Gelap yg sgt terkenal di Kuala Lumpur pada tahun 1960an. Antara kes jenayah yg pernah dilakukan oleh Geng Komeng ini ialah rompakan kedai emas, penculikan Nora anak Pak Maon dan Komeng sendiri pernah mencederakan seorang pemilik kedai emas.

Setiap gerakan Geng Komeng dlm melakukan jenayah penuh dgn strategi yg dirangka oleh Komeng yg dibantu oleh empat org kanannya. Hanya satu sahaja kesilapan dan kebodohan mereka kerana ditipu oleh seorang bomoh di hujung kampung. Markas Geng Komeng ini di nombor 38, Jalan Bunga Kantan.

Moralnya di sini sehebat atau seganas mana Geng Komeng mereka tewas hanya di tangan lebai. Ini kerana pemikiran org Melayu telah dpt dibaca oleh P.Ramlee yg dianggap seniman genius.

Jika kita mengkaji filem P. Ramlee samada bercorak komedi atau serius ia penuh dgn mesej mengenai perangai org Melayu. Terlalu byk filem2 beliau menggambarkan betapa org Melayu sgt taksub dgn org berlebai hingga ke taraf Sultan pun sanggup mengikut kata. Malah dialog "Takkan Lebai pun nak menipu" sgt popular sehinggga kini.

Dlm filem Do Re Mi ini P.Ramlee menceritakan dlm bentuk komedi sinis bagaimana sebuah kumpulan samseng ditumpaskan hanya oleh seorang bomoh palsu. Kerana ketaksuban Geng Komeng kpd perwatakan alim mereka telah diperbodohkan hingga sanggup mengeluarkan wang yg besar kpd bomoh tersebut.

Rasulullah telah memberitahu kita lebih 1,400 tahun dahulu... yg ditakuti baginda lebih dari Dajal di akhir zaman adalah Ulama Suu. Begitu juga lebih 100 tahun dahulu Kartini berkata, "Agama memang menjauhkan kita dari dosa tapi berapa byk dosa yg kita lakukan atas nama agama."

Berhati hati di akhir zaman ini agama diniagakan seperti barangan murahan. Lihat mereka yg mengaku ulama atau alim mempergunakan agama utk kesenangan peribadi. Yg tidak mengikut mereka dituduh kafir dan sebagainya. Jadi fikir fikirkanlah... Selamat hari Jumaat buat semua.