Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution
Ismail, meminta Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa, membuktikan gambar mendakwa
beliau bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, melanggar SOP perintah
kawalan pergerakan (PKP).
Lewat
malam tadi, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkongsi beberapa
gambar di Twitter menunjukkan Saifuddin, Ahmad Zahid dan Ahli Parlimen Sungai
Petani, Johari Abdul, sedang menikmati hidangan bersama tanpa menjelaskan
secara terperinci tarikh serta lokasi restoran berkenaan.
Saifuddin berkata, beliau dan bekas timbalan
perdana menteri itu sudah lama mengenali dan mengakui mempunyai banyak koleksi
gambar bersama Ahmad Zahid dan keluarganya.
“Saya
bersahabat dengan beliau (Zahid) dah lama, dekat 30 tahun. Banyak koleksi
gambar bersama beliau dan keluarganya saya ada.
“Lebih
elok minta tukang sebar jelaskan terperinci di mana dia dapat gambar itu.
Gambar lama atau baru, elok dia jelaskan. Dia mesti tahu gambar itu dari mana
dan bila, baru saya boleh jawab semula,” katanya kepada FMT.
FMT sudah menghubungi Annuar dan sedang
menunggu maklum balasnya untuk penjelasan lanjut.
Annuar
dalam catatannya, dengan sinis mengulas pertemuan ketiga-tiga ahli politik
berkenaan.
“Makan
sedulang memang sedap…Lebih-lebih lagi kalau dapat ‘dining’ di restoran musim
PKP,” katanya di Twitter.
Semalam,
Annuar dikompaun RM2,000 selepas beliau didapati melanggar SOP kerana
berkunjung ke kediaman bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi, Sabtu lalu.
Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/13/tukang-sebar-perlu-buktikan-bila-gambar-itu-diambil-saifuddin-beritahu-annuar-dakwaan-langgar-sop/