MEMANG WUJUD- SEBAB TU RAKYAT CAKAP KERAJAAN PNIPU .......
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil akan membawa isu dakwaan petugas kesihatan menyuntik vaksin kosong ke Parlimen.
“Orang yang bagi vaksin kosong adalah pengkhianat negara. Orang
yang jual slot vaksin juga adalah pengkhianat negara.
“Pengkhianat negara dalam “perang lawan
Covid-19” mesti dihukum dan perkara ini mesti dibahas di Parlimen pada sidang
26 Julai ini,” ciap Pengarah Komunikasi PKR itu semalam.
Baru-baru ini video dan gambar beberapa penerima vaksin
dikatakan menerima suntikan kosong tular di media sosial sehingga menyebabkan
ramai mempertikaikan kejadian sedemikian.- MalaysiaGazette