Siapa MP Indera Mahkota? Dia adalah seorang MP yg diberi ihsan
oleh Keadilan bertanding di situ pada PRU14 yang lalu kerana dia tiada tempat
untuk bertanding, tetapi jual maruah diri jadi pengkhianat.
Keadilan walaupun dikhianati di Indera Mahkota, namun semangat
juang aktivis2 Keadilan seperti otai kita sdr Bung Hatta Kamarulhatta Mohaned Ali
dan rakan2nya terus melaksanakan tugas membantu masyarakat di IM. Misi mencari
orang2 susah setiap hari dilakukan, di mana sahaja kelihatan bendera putih
berkibaran, maka di situlah jentera2 Keadilan akan sampai menyampaikan sedikit
bantuan makanan. Ada saja laporan atau maklumat tentang keluarga yang susah dan
kehabisan makanan, maka Keadilan IM akan cuba membantu mengikut kemampuan.
Lupakan pengkhianat yang mereka pilih dulu, biarkan dia tercirit seperti bos
dia.
Saya amat respek jentera2 Keadilan di IM di bawah Ketua Cabang
yang juga Adun Semambu, YB Lee Chean Chung
dan otai di Pahang Sdr Hatta dan rakan2. Mereka memang kuat bekerja di akar umbi.
Tidak terdaya saya mengikut caranya bekerja.
Tahniah Indera Mahkota. Muhasabahlah, cari pengganti kepada pengkhianat dengan calon yang terbaik, ikhlas dalam.perjuangan dan paling penting mesti berani bersuara hak dan kepentingan akar umbi. Jangan izinkan pisang berbuah dua kali. Indera Mahkota milik kita, InsyaAllah.
WFAUZDIN NS