Ayuh dukung pelantikan tetap bagi semua doktor kontrak




WONG SOAK KOON/ALIRAN





Aliran mendukung tuntutan pelantikan tetap bagi semua pekerja kesihatan barisan hadapan, termasuklah doktor kontrak.

Anggota-anggota ini semuanya berdepan pelbagai risiko kesihatan serta kebajikan yang turut dialami oleh mangsa Covid-19.

Para doktor kontrak ini, bersama-sama dengan doktor lantikan tetap, jururawat serta pegawai kesihatan, berada di barisan hadapan melawan pandemik, dan kita bersyukur kepada penglibatan mereka.

Jadi, kami merasa agak pelik mengapa doktor kontrak ini tidak diserap ke dalam sektor kesihatan awam secara tetap. Mereka sepatutnya mendapat gaji yang setimpal, bonus dan faedah sebagai kakitangan perubatan yang dilantik tetap. Kami tidak dapat membayangkan dengan mengambil lebih banyak doktor ianya akan memberi kesan yang buruk kepada rakyat.

Jika kerajaan Perikatan Nasional dan Kementerian Kesihatan risau dengan kos untuk mengambil mereka secara tetap, kami mencadangkan agar mereka yang di dalam kabinet yang besar itulah yang perlu dicantas. Kami juga mencadangkan agar gaji menteri, timbalan menteri serta setiausaha tetap juga dipotong separuh.  Selain itu, kita juga perlu menyalurkan duit dari gaji lumayan, bayaran serta emolumen para pengarah serta pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada sistem kesihatan awam.

Akhir sekali, kita juga menjangkakan bahawa para doktor yang berhartal nanti akan mengambil langkah berwaspada bagi memastikan ketiadaan mereka nanti tidak memberi kesan kepada nyawa para pesakit.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
23 Julai 2021

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Terjemahan oleh: Zikri Rahman