MSO II
KEHEBATAN SYED SADDIQ
Kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dia lebih rela masuk ke
mahkamah daripada masuk Perikatan Nasional. Ahli Parlimen Muar itu akan
dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menyeleweng dana politik.
Pendakwaan Syed Saddiq itu dikatakan bermotif politik apabila
beliau enggan menyokong kerajaan PN. Syed Saddiq menunjukkan tentangan terhadap
kerajaan PN apabila tidak mengundi menyokong speaker cadangan kerajaan dan
tidak mengundi sewaktu Bajet 2021.
Syabas anak muda kerana anda ternyata lebih berprinsip dan
berintegriti berbanding dengan bapak-bapak dan abang-abang kamu dalam politik
yang mengejar kedudukan di hujung usia sehingga sanggup tinggal dan tungging
parti yang meletakkan mereka di kerusi parlimen masing-masing. Trims.