Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / July 8, 2021
Kerajaan Tan Sri Mahiaddin Md
Yasin ibarat telah dihina oleh Umno dengan ungkapan tanda pagar #kerajaangagal
yang dijadikan alasan untuk menarik diri daripada mengekalkan sokongan kepada
perdana menteri.
Naib
Presiden AMANAH Nasional, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, adakah yang
gagal itu adalah Umno sendiri kerana 19 menteri dan timbalan menterinya berada
di dalam Kabinet Perikatan Nasional hari ini.
“Hairan
juga, adakah Umno mengatakan pada diri sendiri kerana Timbalan Perdana Menteri
Umno dan Menteri Kanan Umno baru sahaja dilantik kelmarin.
“Menteri Vaksin, Menteri
Kesihatan, Menteri Pertahanan, Sukan, Perpaduan, Pengajian Tinggi, Menteri Luar
dan ramai Timbalan Menteri adalah dari Umno.
“Apakah
yang gagal adalah Umno dan sebab itu dia menarik diri dari kerajaannya
sendiri?,” soalnya sinis dalam kenyataan awal pagi ini.
Pengerusi
Pakatan Harapan Perak itu berkata, keputusan Umno yang diumumkan semalam,
merintis jalan kepada kejatuhan kerajaan PN tetapi alternatif sebuah kerajaan
kuat dan stabil seperti titah Yang di-Pertuan Agong masih belum kelihatan.
Ketika
ini, PH kekal blok terbesar dengan 89 Ahli Parlimen namun masih tidak cukup
untuk membentuk kerajaan.
Mujahid
berkata, baki jumlah sokongan “strong and formidable majority” masih ada di
tangan blok Barisan Nasional (BN), parti Sabah dan Sarawak, manakala fraksi Tun
Dr Mahathir Mohamad mungkin menanti peluang.
Beliau berkata, jatuhnya PN
secara teknikal adalah jatuhnya kegagalan, keangkuhan dan lebih utama satu pengkhianatan.
“PH
kekal konsisten mahukan mandat rakyat dikembalikan. Umno tarik diri dari PN dan
jelas dari kenyataan Presidennya mahukan PRU setelah kelompok imuniti tercapai.
“Rakyat
menderita, ekonomi dalam bahaya, Covid-19 terus meningkat. Amat malang bagi
negara ini terpaksa melalui musibah ini. Tapi sekurangnya satu kegagalan dan
pengkhianatan telah diakhiri.
“Sekali lagi kebijaksanaan Tuanku diperlukan bagi merealisasikan kerajaan yang kukuh dan stabil untuk menangani Covid-19 dan ekonomi yang parah,” katanya lagi.