By
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
KUALA LUMPUR – UMNO Negeri Terengganu menafikan pihaknya
terlibat dalam akuan bersumpah bertujuan menjatuhkan Menteri Besarnya, Datuk
Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menurut Ketua Penerangannya, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku, tindakan
mengaitkan UMNO negeri itu dalam konspirasi untuk menolak Ahmad Samsuri adalah
provokasi politik semata-mata.
“Suka
saya menyatakan dan jelaskan bahawa UMNO Terengganu tidak terlibat langsung
dalam pergolakan ini jika ia merupakan satu perkara yang benar.
“Apatah lagi perkara ini hanyalah satu provokasi politik
semata-mata. ADUN UMNO sama sekali tidak terlibat dalam gerakan ini sekiranya
ia benar-benar sedang berlaku,” katanya dalam kenyataan itu.
Media hari ini melaporkan bahawa kedudukan Ahmad Samsuri goyah
apabila terdapat pergolakan dalaman selain isu melibatkan hubungan dingin
dengan istana.
UMNO Terengganu menafikan terlibat dalam Akuan Bersumpah untuk
menjatuhkan Menteri Besar Terengganu.
Malah terdapat borang surat akaun berkanun (SD) sudah disediakan
untuk membolehkan ADUN negeri itu menandatanganinya bagi menyatakan sokongan
untuk menolak Ahmad Samsuri.
Portal MalaysiaDateline melaporkan SD itu dipercayai disediakan
untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Pas.
Untuk rekod, Pas mempunyai 22 ADUN dan UMNO mempunyai 10 ADUN di
Terengganu. – MalaysiaGazett