MAN TOBA
MB SELUT NI SELALU MENGARUT JA KERJA DIA
Kredit : Nini Siron
Saya ada soalan!
Saya ada kemuyskilan!
Izinkan saya kongsikan apa yang berlaku di depan mata saya
sendiri.
Lokasi: Juru Autocity, berhadapan SHOWROOM FORD AUTOCITY
Jam: 6.30ptg
Tarikh: 5 Jun 2021
Hari: Sabtu
Sebaik sahaja saya dan suami parked kereta di tempat letak
kereta kedai eco rm2(sebelah lokasi kejadian), sebelum turun dari kereta,
Saya perasan kelibat seseorang yang amat familiar. Saya dan
suami mengesahkan itu adalah MB KEDAH. Beliau bersama 2 org lelaki melayu dan
seorang lelaki berbangsa Cina (SALESMAN FORD) sedang menaiki kereta Ford Raptor
biru. Agak terkesima menyedari skrg PKP, tiada test drive dibenarkan! Cuba
memujuk hati, mungkin itu kereta baru beliau. Mungkin hari penyerahan kereta.
Tetapi sebaik sahaja memeriksa kawasan showroom, kami noticed bahawa kereta
tersebut adalah kereta TEST DRIVE(dgn stiker sime darby)!!! pasti!
MULA tertanya-tanya!
Eh boleh kah test drive?
Beli kereta dari Kedah sampai Penang ka?
Dengan hati yg berkecamuk, kami setia menanti dlm kereta, dalam
masa yg sama, kami turun utk memastikan yg kami tidak silap org. Selepas lebih
kurang 10minit, kereta test drive tersebut tiba kembali.. Mereka semua turun,
seperti ada perbincangan.. Dan mungkin ada niat utk meneruskan test drive atau
view kereta ford test drive yang kedua (warna putih).
Menyedari akan hal itu, saya turun dan terus tegur salesman
tersebut..
Salesman tersebut, berada dekat dgn saya, manakala MB dan 2 org
lelaki td di sebelah bertentangan sedang buka pintu kereta kedua..
Saya: BRO, SHOWROOM ADA BUKA KA??!
salesman: Oh tak, ini tengok2 saja!
Saya: Mcmna boleh tengok, skrg PKP! saya nampak u all test drive
jugak!
Salesman: no no no
Saya: apa no! Saya nampak u all test drive, SOP larang showroom
buka, test drive juga salah..
Tanpa saya sedar, MB dan 2 lelaki beredar menaiki vellfire
mereka..hilang dari pandangan!!!
Saya tetap d situ persoalkan SOP!
Salesman td hanya jawab:
Susah la ini macam saya mau cari makan...
Saya cuma kata, u buat ini salah! Semua showroom skrg tutup..
Ini macam you all ada scan my sejahtera ka?
Dia geleng kepala lari masuk showroom!
Soalan saya!!!
Boleh ka macam ni?
Apa ni?
Salesman susah kita paham nak cari makan, tapi ini SOP
Mcm ni ka yg di panggil kayangan?
Kalau tadi you all buat atas urusan rasmi dan ada kebenaran
kenapa tadi tak nyatakan pada saya????
SOP satu kereta 2 org!!!!!!!
Tadi semua 3 orang masa test drive!
Vellfire MB pun 3 org tak tau dari mana atas urusan apa!
Yang pasti tadi mereka sedang view kereta siap test drive!!
Jelaskan lah pada saya, supaya saya faham!
Yg berkenaan tolong jawab, adakah ini dibenarkan ?
Jika ya, atas sebab apa????
Posting asal : https://m.facebook.com/story.php...