TERPANGGIL UNTUK PENCERAHAN MORATORIUM YANG MASIH KALUT


Eng Huat Koh

Moratorium adalah penanguhan pembayaran ansuran. Ianya merupakan salah satu MEKANISME PINJAMAN yang tidak menafikan hak penggenaan kadar bunga keatas baki pinjaman yang tertangguh. 




PRESKRIPSI YANG GAGAL DIGEMBELENG 


1. Kerajaan sepatutnya tidak membuat keputusan terpilih ibarat bertindak sebagai Jurucakap Institusi Kewangan dari menjalankan tanggungjawabnya  sebagai Sebuah Badan Pentadbir yg Prihatin Rakyat. Maksudnya di waktu rataX2 rakyat terkesan Kerajaan sepatutnya mengarahkan pihak bank memberi Moratorium secara Automatik selama 6 bulan dan bukan 3 bulan disebabkan ketidak tentuan yg bukan disengajakan. 


2. Para peminjam sepatutnya diberikan Moratorium secara Automatik utk mereka memutuskan option tersebut didlm menunaikan obligasinya dan bukan pihak bank.


3. Sementara itu, Kerajaan seharusnya menggembeleng Isu Ini  dgn menjurus kepada kadar bunga yg boleh dikenakan. Ini kerana  Institusi Kewangan yg diberi option utk  memutuskan, sudah pasti akan menggunakan kadar bunga yang telah termeterai didalam ikatan perjanjian iaitu BR (Base Rate)+ peratusan (%) margin keuntungan. BR merangkumi Kos Pinjaman bank, Kos Operasi & Kadar  Kecairan Rezab  Minimum. Implikasinya para peminjam yg rataX2 terkesan akibat dari keakuran kpd Perintah Kawalan Pergerakan terpaksa menanggung kos obligasi tambahan yg tinggi yg bukan disengajakan dan pihak bank masih menikmati keuntungan yg diinginkan. Keenganan kerajaan menggunakan kuasa yg diperuntukan, tidak mencerminkan peranan Kerajaan yg Prihatin rakyat. Kerajaan sepatutnya dapat mengarahkan mahupun menasihati Institusi Kewangan agar kadar bunga utk tempoh Moratorium ditetapkan pada kadar OPR [yg kini ditetapkan pd 1.75% ] sahaja tanpa keuntungan ataupun membenarkan tambahan kos kadar operasi sahaja. Utk pengetahuan OPR - Overnight Policy Rate @ Kadar Policy Malaman adalah Kadar Kos Pinjaman Malaman Diantara Bank. 


4. Dengan membenarkan kuasa kelayakan Moratorium oleh Pihak Bank,  sudah pasti para peminjam tidak  dapat menikmati hasrat dan tujuan sebenar Moratorium didlm meringankan bebanan obligasinya. Keputusan yg memihak ini akan menyebabkan  mereka yg mempunyai ansuran tertungak gagal menikmatinya meskipun mrk dari kalangan B40. 


5. Persepsi kekukuhan dan keutuhan bank akan terjejas akibat Moratorium Automatik adalah kenyataan kurang tepat dan dangkal. Ini kerana kerana salah satu kayu pengukur kekuatan Kewangan Institusi Perbankan adalah NPL (Non Performing Loan). Tegasnya tanpa Moratorium kesan dari kerunduman sistem ekonomi luar jangka yang bukan dibawah kawalan si peminjam mahupun pemberi pinjaman, NPL sudah pasti akan meningkat hasil dari ketidak mampuan membayar balik. Sebaliknya dgn Moratorium, NPL akan lebih terurus dan keutuhan bank tidak terjejas. 


RUMUSAN 

Situasi yg amat luar biasa ini dan dgn perlaksanaan pelbagai Perintah Kawalan, memerlukan pihak Kerajaan memilih diantara keuntungan terpilih ataupun kemanusian sejagat demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.


Demi Negara Tercinta