Kes Covid semakin menakutkan. Kes orang bunuh diri semakin
meningkat. Kemudahan di hospital semakin tidak mencukupi untuk menampung mangsa
Covid. Pelabur lari entah ke mana. Penganggur bertambah. Banyak syarikat gulung
tikar. Dan, banyak lagi mala petaka yg melanda sebaik sahaja pengkhianat
kerajaan tebuk atap ini merampas mandat rakyat Feb tahun lalu.
Tapi, bila tanya menteri, dia boleh tanya rakyat balik,
"Kerajaan gagal dari sudut mana?". Ertinya, tidak pernah insaf. Bodoh
sombong dan takbur. Puak2 mereka seronok makan gaji buta. Rakyat dah tiada apa
yang mahu dikais untuk dimakan.
Semoga apa yang kita lihat sekarang mendapat perhatian dari
Majlis Raja2 dan Istana YDP Agong agar sesuatu yang lebih tegas boleh diambil
terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Insaflah kepada Umno dan Pas
yang telah terlanjur memberikan sokongan kepada kerajaan gagal ini. Selagi kamu
berpaut di bahu mereka, selagi itulah rakyat menganggap kamu juga bersekongkol.
WFAUZDIN NS